Pages

Jumaat, 25 Oktober 2019

Yess Angka 5 (14 kg loss)



Lama tak update kan. Masih diet even kadang kadang kelaut tapi masih tak lupa kawal pemakanan dan terus bersenam. Semoga dapat jadikan lifestyle sepanjang hayat.

Cerita pasal angka 5 ni haritu dah dapat berat 59kg pastu seminggu marathon makan sedap naik balik 2kg. Pagi tadi timbang dapat semula 59kg. 4kg to go, target sebelum awal tahun 2020, Insyaallah doakan. Marilah tempek kejayaan meruncingkan muka doremon hahaha

Alhamdulillah from 73 kg to 59kg, 14 kg loss. 

Terjumpa pic last year. Masa ni dok rasa aku tak la gemuk sangat sebab tinggi kan.. Padahal dah overweight. Pic kanan 61kg

4 kg to go yang sikit-sikit ni la cabaran nak turunkan. Tapi takpa la buat pelan-pelan janji amalkan pemakanan seimbang,  diet secara sihat, bersenam tingkatkan stamina.

Bercakap pasal stamina pun aku dah boleh bangga dengan diri sendiri. Mula dulu boleh jalan laju 5 round saja, pastu up 10 round pastu non stop 1 round jogging. Latest dah boleh non stop 2 round jogging. Skipping dulu mula dengan 50 non stop, 500 kali, now dah boleh non stop 300, 2 k lompatan. Semua ni bukan boleh dapat sekelip mata, aku konsisten buat selama 6 bulan ya.

Buat yang masih berjuang, jangan mudah mengalah. Kalau diet tak jadi bermakna mesti ada silap dimana-mana. Cari ilmu dulu baru buat sampai jadi. Takda jalan singkat untuk slim dan fit. Usaha, disiplin, banyak sabar dan never give up.. No pain no gain.




Sabtu, 3 Ogos 2019

April to August 10 kg Lost



Ok poyo la sangat kan 2kg turun pun nak update. Tapi haruslah poyo 10kg tu banyak jugak kan, aku pun macam tak percaya aku dah turun sebanyak ni. Patut la sekarang rasa semakin muda. Nak snap full body takda orang nak tolong snapkan. Pulun la jugak cari picture selfie masa tembam dan gambar selfie sekarang.Hahaha

From 73kg to 63kg

First target 64kg dah lepas. After that target 60 kg. Now next target 58kg before end year. Mau gak angka 5 kat depan. Rasa last masa mula masuk uitm ja berat below 60. Masa dekat uitm tiba-tiba berat dah cecah 60kg.hahaha. 

Pastu nak maintain ja, kalau turun lagi Alhamdulillah, makanan memang agak susah nak tolak sebab suka makan, cuma dapat kawal dan buat pilihan makan yang lebih sihat. Harapnya seiring pengurangan berat,  aku lebih rajin bersenam tingkatkan stamina. 

Nak turunkan berat tak susah, bila kita dah keep in track tengok makanan pun dah tak nafsu sangat.  Cabaran nak kekalkan berat,  teruskan hingga capai target tu yang susah sebenarnya. Sampai satu masa berat akan jadi susah nak turun disebabkan kalori kita perlu pun dah turun, senaman yang sama dah jadi biasa pada badan. 

Tapi jangan cepat mengalah, slowly but surely. Kita naik berat pun makan masa bertahun,  takkan nak aspect turun dalam masa singkat. Asalkan kita terus amalkan gaya hidup sihat, tidur cukup, minum air ikut keperluan badan,  makan makanan berkhasiat dan bersenam itu dah bagus. Kesihatan paling utama,  cantik tu bonus. 

Dear myself and all diet warriors, teruskan berjuang hingga capai target dan terus amalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat. 







Selasa, 9 Julai 2019

Menu Diet



Syawal dah habis baru keep in track semula. Sebulan Syawal takda penurunan berat badan. Lepas raya naik 2kg pastu pulun turunkan 2kg..dah tu nak hujung Syawal naik balik 2kg.. Ni dh turun balik 2kg. So total lost still 8kg ya. Dah rugi sebulan di situ tapi takpa la, nama pun raya kan.hahaha..

Haritu aku kata nak share menu diet aku. Nasi aku ambil nasi putih 2 senduk, 167 kalori. Portion nasi ikut besar penumbuk kita, bergantung pada setiap individu, janji kawal kalori sudah. Yang nak tukar beras perang ke,  boiled rice ka, sweet potato ke apa mak nenek ikut suka la janji karbo. Aku tak kuasa nak keluar modal beli beras mahal-mahal tu.

Tak payah nak ikut orang pastu jangan sempit pemikiran sangat nak kurus nak sihat kena keluar banyak modal. Produk tu semua mengarut, tapi kalau mampu dan tak membahayakan kesihatan takda salahnya. Benda boleh free buat apa nak keluar duit. Duit tu pi beli real food makanan sihat lagi bagus. huhu

Lunch biasanya aku memang buat suku-suku separuh, kurang minyak kurang lemak kurang kuah. Ulam dan sayur makan la sebanyak mana lalu sebab sangat rendah kalori. Sayur bergoreng kadang-kadang je kalau masak ke family aku belasah ja tak kuasa nak masak lain. Kira aku tak pantang sangat makan je nasi arab nasi ayam pun asalkan kawal portion dan kawal kalori.

Fav aku ulam ulaman, bendi rebus, brokoli dan terung bakar. Yummy. Sosej tu teringin.hehe

Menu telur fav sangat sebab rendah kalori plus murah hahaha

Buah anytime aku makan. Untuk snacking waktu breakfast lunch time semua bedal. Oat buah tu dua kali tu ja la buat pastu semak tengok oat aku masukkan dalam cekodok anak-anak, kadang buat lempeng..haha

Popia sayur bakar, lempeng labu plus oat tu kalau ada lebihan bahan kat rumah guna apa ada ntuk menu diet. Breakfast aku yang nampak macam diet pun aku makan roti whole meal dengan telur rebus. Selalunya bedal ja bihun goreng, telur roti, nasi goreng, nasi lemak sekali sekala,  tak macam diet pun kan hahaha

Dinner selalunya mee bihun Maggi Koteaw berkuah or goreng. Letak sayur banyak2 plus kawal la kalori ok

Air manis memang aku tak ambil langsung. Kalau teringin sedut-sedut la sikit-sikit tapi boleh kira berapa kali ja. Fast food, jajan,  kek,  biskut, kuih muih and so on makanan kurang sihat formulanya sama seperti air manis. Kalau tak makan langsung memang tipu la. Bila pandai cheat,  pandai la work out bakar semula kalori.

Aku memang tak amalkan eat clean, benda yang sebelum aku diet dan selepas diet aku makan sama je cuma kawal portion. Enjoy je makan sedap tapi berat turun. Jangan terikut-ikut cara diet orang. Tak perlu pun tukar semua yang kita suka makan kepada menu yang kita tak mampu telan.

Diet tak makan nasi, diet makan telur, diet makan buah saja, lama mana kita mampu bertahan. Please la makan seimbang, kurangkan makanan tak sihat, kawal gula, garam dan minyak pastu bersenam untuk kesihatan sepanjang hayat. Doakan aku istiqomah.



Ahad, 2 Jun 2019

Update 2 Bulan Diet (1 Apr to 1 Jun) 8 kg lost



Alhamdulillah aku dah dapat berat ideal. Tak ada jalan singkat untuk turunkan berat, seterusnya jaga kesihatan. Kena pegang tiga benda : Jaga makan + workout + no produk sampah.

Kalau rasa tak boleh buat sorang-sorang cari kawan atau team yang sama-sama ada azam untuk kurus dan sihat. Kalau mampu boleh join mana-mana online coaching asalkan diet secara sihat dan bersenam bukan percaya produk yang punca berat kita turun. 


From 73 kg to 65 kg. Sapa kata gemuk awesome tak tau la. Aku tengok picture aku buruk gila. Ni pun dah lama kot tak bergambar full sebab takut tengok diri sendiri hahaha

So far rekod aku paling berat 74kg pastu diet turun sampai 61kg pastu mengandung anak kedua just nice berat sampai la bersambung pregnant anak ketiga berat terus susah nak turun. Dia naik sikit-sikit tapi aku dok maintain tak mau bagi angka 7 ja kat depan. 

Pastu lama juga stuck kat angka tujuh bagi alasan anak menyusu lapaq sedia. Lepas anak dah besar dah wean off hang takda alasan lagi untuk overweight. Hahaha

Target lagi 5 to 7 kg pastu nak maintain ja tak mau dah keding sangat pun tak awesome.huhu..