Selasa, 18 Disember 2018

Apa Itu Intermittent Fasting?



Intermittent Fasting (IF) adalah trend diet yang semakin popular sekarang. Sebenarnya ia adalah trend kesihatan yang dah lama popular dinegara barat. Di negara kita ni je bila dah viral, yang amal IF ni artis pula, makin ramai la cuba. Tapi bagi aku kalau trend yang bagus, yang memberi kesedaran betapa pentingnya kesihatan tubuh badan, apa salahnya jadi ikutan.

IF merupakan corak pemakanan yang berkitar antara tempoh puasa dan makan. Ia menekankan bila kita boleh makan,  bukannya apa yang boleh dan tak boleh kita makan. Lebih tepat lagi digambarkan IF sebagai pola pemakanan.

Daripada apa yang aku baca, banyak kajian menujukkan IF memberi kesan positif keatas badan dan otak, meningkatkan kesihatan, yang paling best membuatkan kita awet muda sekaligus mungkin juga membantu memanjangkan umur.

Kalau di lihat pada sejarah, manusia sejak dulu kala sebenarnya dah pun mengamalkan IF. Di zaman dahulu dimana tiada tersedia makanan sepanjang masa, tiada peti ais, tiada pasaraya, badan harus berfungsi  menyesuaikan diri walau tiada makanan dalam tempoh yang lama.

Berpuasa dari semasa ke semasa sebenarnya adalah lebih semulajadi daripada sentiasa makan 3 hingga 4 jam sekali.  Dalam Islam sendiri kita digalakkan berpuasa sunat, yang mana kita tahu sangat bagus untuk kesihatan.

Yang paling baik sekali untuk diet bagi orang Islam adalah berpuasa, tapi kalau tak kuat semangat boleh amalkan IF. Waktu puasa IF kita boleh minum air kosong, ambil minuman tanpa kalori seperti teh atau kopi tanpa gula.  So far aku boleh telan air detox je la.

Kalau tak diet pun air detox ni aku memang sedia dok buat

Prinsip IF adalah membahagikan hari atau minggu kepada tempoh makan dan tempoh puasa,  dimana dalam tempoh puasa kita makan sedikit atau tidak boleh makan langsung. Kaedah IF yang polular adalah :

16 / 8 ( protokol leangains) : Yang paling popular dan ramai amalkan. Tidak boleh makan sarapan dan puasa dalam tempoh 8 jam. Contohnya waktu terakhir kita makan adalah jam 8 malam, so kita kena puasa 16 jam sehingga 12 tengahari. Waktu makan adalah dari pukul 12 tengahari hingga 8 malam. Tak semestinya ikut jam yang aku nyatakan, boleh adjust masa ikut kesesuaian individu.

Eat-Stop-Eat : Puasa 24 jam sekali atau dua kali seminggu. Contohnya puasa dengan tak makan malam pada hari pertama hingga hari seterusnya.

5 : 2 Diet : Hanya makan 500 hingga 600 kalori pada dua hari bukan berturut dalam seminggu, kemudian makan seperti biasa pada hari lain.

Semua kaedah ni mampu menurunkan berat badan sekiranya makan tidak berlebihan dalam tempoh makan. Ikut teori pun, kurang kalori kita makan maka berat akan turun.

Kalau ikut logik cara pemakanan orang Malaysia, makanan sarapan semua kaya kalori. Buat IF ni dah tak payah fikir nak sarapan apa, nasi lemak dan roti canai yang tinggi kalori tu pun boleh tinggalkan terus. Sepanjang IF aku memang tak ambil langsung air manis. Fast food memang elak, tapi sekali sekala cheat day makan KFC ok kot. Diet jangan sampai hilang nikmat makan.hahaha..

Permulaan IF memang kita akan makan banyak dalam tempoh makan. Ye la 16 jam kot tak jumpa makanan mesti lapar. Believe me dari sehari ke sehari nafsu makan tu semakin kurang, perut kita pun dah terbiasa tahan lapar ketika puasa. Lama-lama tengok makanan pun dah tak nafsu, sekadar makan untuk hilangkan lapar sahaja.

Sebenarnya kalau buat IF 16/8, kita hanya puasa beberapa jam sahaja ditolak waktu tidur, sangat enjoy tak membebankan. Nak kawal portion dan makan makanan yang sihat tu je perlu disiplin. Insyaallah slowly but surely. hehe.




Ahad, 16 Disember 2018

Intermittent Fasting



Last update May 2015..konon nak diet pastu terpregnant ke Aryan sado.. Terkubur terus hasrat nak slim.. pastu dari sehari ke sehari membina badan, hanyut dengan makanan yang melimpah sedap, berat badan makin hari makin naik gerun, marilah kita lakukan sesuatu.hahaha

Intermittent Fasting (IF) sekarang kan tengah trending, aku baru juga tahu pasal IF ni dalam awal tahun kawan sekolah dok buat..tapi aku tak ambik port sangat la.. pastu kecoh Lisa Surihani slim sebab buat IF.. Kebetulan aku pun dok nak diet tak menjadi saja.. Ketaq lutut kalau tak makan or makan sikit..sungguh diet 2 3 hari ja pastu fail. Tak boleh nak mula buat macam dulu.. Nak puasa Isnin Khamis pun dah tak berapa kuat. Walaupan azam tinggi tapi diet tu hangat-hangat taik ayam orang kata.hehe

Aryan pun dah wean off susu badan.. Aku rasa inilah waktu terbaik untuk aku dapatkan semula berat ideal. Dulu boleh bagi alasan breasfeeding selalu lapar.. Makan banyak sebab menyusu..sekarang totally sebab nafsu.. untuk sihat dan cantik marilah cuba untuk berubah.

Aku pun mula cari maklumat tentang IF.. tengok video apa kata doktor tentang IF.. Cari ilmu sebelum mula. Lain entry nanti aku tulis apa itu IF..kesan IF kepada sel dan horman badan and so on. Aku rasa IF macam sesuai untuk aku.. Enjoy tak membebankan.. Tak payah nak fikir apa menu yang boleh dan tak boleh makan. Takat air manis tu memang aku boleh ja nyah terus tanpa keraguan.

Aku cuba buat 16/8 (16 jam puasa 8 jam waktu makan) selama seminggu. 4 hari pertama tu waktu makan memang makan serupa naga,  belasah cukup-cukup lapaq teruk katakan. haha.. Pastu bila puasa hari seterusnya  rasa ok.. Nafsu makan dah makin kurang, yang mana sangat baik untuk permulaan aku menurunkan berat badan. Masalah aku ni nak mula tu cukup payah, dah mula Insyaallah boleh keep in track sampai capai target. Harap kali ni aku istiqomah.keke..

Last aku timbang berat memang dah jejak 70 kg something. Aku pun memang rasa badan dah naik sangat especially tang perut, mula tak selesa cepat penat. Selalu kalau berat jejak angka 7 ja aku memang gelabah la..  So untuk senang nak pantau berat badan sales Lazada 12.12 haritu aku grab weight scale baru, yang lama dah rosak.

Cik Pinky berbaloi RM 15 plus je.. Harap bertahan lama


Dalam sejarah hidup aku... kalau tak pregnant, dengan ketinggian 162.. berat aku paling tinggi adalah 74kg. Dah jejak angka 7 memang aku patut insaf la.. Kalau dah makin naik nanti makin susah nak turun. Nak buat kerja nak beribadat pun jadi baloq.. Paling penting untuk kesihatan, makin hari makan berumur kena la jaga.

Orang kata aku tak la gemuk sangat tapi hakikatnya aku bukan nak kurus sangat pun.. Aku nak berat ideal.. Inchloss baru selesa dan confident nak pakai baju apa pun.

Semalam 15 hb 12 aku timbang berat aku 73 kg (gila gemuk. haha) so permulaan diet officially dikira dari semalam.. mari tolong doakan aku boleh lost at least 10kg. Hehe.. Amin..








Jumaat, 22 Mei 2015

Diet Oh Diet



Dua bulan dah entry yang sebelum ni aku kata nak diet. Tapi semangat memasak dan makan lagi tinggi dari semangat juang diet.haha. En suami pun perli kata dah berpuluh kali dah dengar nak diet tapi hampeh.huhu..Rasanya apa yang aku teringin makan dan masak dah buat semua. Kena kurangkan aktiviti masak la kalau nak diet. Afia pun dah dua tahun, aku dah mula beri susu tepung, so waktu yang tepat untuk aku kembali ke jalan yang benar.haha..

Semangat ni nak nampak cantik 8hb6 ni ada majlis. Adoi tak menahan lagi dua minggu kau rasa boleh turun berapa kg?hehe. Nanti aku update diari diet setiap hari. Insyaallah semoga istiqomah. At least kembali kurus raya nanti kan. Baru semangat nak bergaya dihari raya. Turn aku raya oii tahun ni. Syoknya..tak sabar nak bertemu ramadhan.

Dah jom kita senam!hehe







Ahad, 8 Mac 2015

Gemuk! Mari Diet Semula!



Lately aku memang ada masalah semangat memasak. Ada je idea nak mengasah skill kulinari pastu dok sawan update dekat Instagram. Bila masak tu mulalah makan tanpa control. Sebelum ni bila berat asyik naik risau juga, diet la kejap, siap buat puasa sunat isnin khamis pastu sambung makan lagi. Susah dah berat nak turun, tapi maintain jugaklah tak naik. Nak senam guna skipping pun berat sungguh tahap malas. Nak jogging dah payah ada cik pia.

Lama tak jenguk penimbang, hampir dua minggu jugalah sejak period memang tak teruskan puasa sunat sampai sekarang. Lagi-lagi musim panas seriau aku nak puasa sebab aku masih breastfeed Afia. Tadi pagi naik timbang terkejut beruk berat sikit lagi nak sama dah macam berat asal dulu. Patutlah rasa badan makin berat. Tapi kata en suami muka tak nampak naik pun! Dulu muka aku tembam. Ohh tang muka je..Badan dah macam tong.haha..

So mari kita diet semula! Kali ni kena lebih bersemangat. Target nak turunkan berat at least 5kg. Kalau boleh 8kg. Chaiyok! Blog diet yang dah lama terabai ni mari kita ceriakan semula. Semoga aku tak hangat -hangat tahi ayam.hehe..