Pages

Rabu, 12 September 2012

Rahsia Ustazah Siti Nor Bahyah Kurus


Tadi terbaca dekat fanpage Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bagaimana caranya beliau boleh kurus. Memang agak tekun la sebab 3bulan beliau tak makan nasik. Aku tak makan nasik lebih kurang tiga minggu je kot.hiks..Apa pun tips ni boleh dijadikan panduan buat korang yang ingin menurunkan berat badan.

Berikut adalah rahsia usatazah :

 1.Doa tanpa jemu.Hari2 doa dan ustazah berkesempatan berdoa di depan kaabah.Alhamdulillah..biar pun menunggu lama,akhirnya Allah kabulkan.
2.Ustazah minum kopi senyum.Ramuan makanan sunnah dlm kopi senyum sangat bagus untuk kesihatan dan rahsia awet muda.Ramai yang dah cuba.Insyaallah jika digandingkan dengan kurangkan makan nasi @ tak makan nasi untuk sementara waktu,ganti dengan protein seperti ayam, ikan, banyakkan makan sayur, insyaallah boleh turun 4-6kg. Nak cuba kopi senyum,sila call agennya di 0134712984 @ 0163267882.Kalau nak turun lebih lagi,ikut langkah seterusnya.
3.Usatzah dapatkan menu diet dan nasihat serta pemeriksaan kesihatan dari Dr Lina di Timeless Clinic, Kelana Jaya 0378808486.Alhamdulillah lagi bertambah turun. Nak slim, kenalah jumpa Dr dan ikut nasihat Dr.
4.Usatzah tak mkn nasi 3bulan. Selepas tu, oklah, dah boleh makan nasi tapi still kurangkan. Maklumlah umur dah meningkat, kesihatan sangat berharga untuk dijaga.
5.Usatzah tak ambil gula. Sekarang bila dah slim, ustazah masih kawal pengambilan gula dan hari-hari minum kopi senyum untuk maintain.
5.Banyak mkn sayur, buah, protein dan no karbohidrat atas nasihat Dr ketika tempoh diet.
6. Exercise. Setiap hari walaupun sekejap je.

Inilah diet sihat.Alhamdulillah dengan gandingan semua ini, ustazah dah turun 16kg. Niat mesti betul. Slim sihat untuk mudah ibadat, mudah bekerja mencari rezeki, jauh dari penyakit merbahaya...Amin.Gambar bersama Dr Mahathir Mohamed & Dr Lina.Alhamdulillah dengan program Dr , ramai yang berjaya menurunkan berat badan secara sihat.

 
 
 
 

Selasa, 4 September 2012

BMR dan DCR Terkini


BMR (Basal Metabolic Rate), iaitu jumlah kalori asas yang kita perlukan agar kemandirian tubuh kita berterusan (bernafas, degup jantung, proses biokimia badan). Manakala DCR (Daily Calorie Requirement) adalah purata kalori sehari yang kita perlukan.

Mengira nilai BMR yang paling hampir berdasarkan faktor-faktor metabolik (umur, jantina, berat dan ketinggian) merupakan tugas yang dilakukan oleh ahli sains sejak seabad yang lalu. Pada asalnya, ‘Rumus Harris-Benedict‘ yang telah dikenalkan pada tahun 1919 telah dijadikan rumus piawai dan digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam menentukan nilai BMR sesuatu organisma berdarah seperti manusia. Ia terus diguna pakai sehinggalah pada tahun 1990, apabila Mark D Mifflin dan rakan-rakan telah menemukan sebuah lagi formula yang lebih tepat – Rumus ini diberi nama ‘Rumus Mifflin‘.

Formula Harris-Benedict

Lelaki: BMR = 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM) – (6.8 x UMUR)
Wanita: BMR = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM) – (4.7 x UMUR)

Kemudian, apabila nilai BMR sudah diperolehi, untuk mengira DCR, nilai tersebut hendaklah didarab dengan ‘faktor aktiviti’ seperti berikut:

Sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2
Lightly active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
Very active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
Extra active (sports twice a day) = BMR x 1.9


Sebagai contoh, aku berumur 28 tahun, berketinggian 162 cm, dan mempunyai berat 61 kg. Aku bersenam 2-3 kali seminggu, maka:

BMR aku = 655 + 523 + 302 – 141
= 1339 kcal/day


DCR aku = 1339 x 1.55
= 2075 kcal/day



Rumus Mifflin

Untuk lelaki: (10 x b) + (6.25 x t) – (5 x u) + 5
Untuk wanita: (10 x b) + (6.25 x t) – (5 x u) – 161


di mana

b = berat dalam kg
t = tinggi dalam cm
u = umur


BMR aku :

= 610 + 1012.5 - 140 - 161
= 1321.5 kcal/day


Kedua-duanya merupakan formula yang bagus dalam memberikan anggaran nilai BMR yang hampir tepat. Namun, terdapat ramai pihak bersetuju bahawa Rumus Mifflin adalah lebih tepat berbanding Rumus Harris-Benedict.


Ahad, 2 September 2012

Sejarah : Gambar Dulu dan Sekarang


Sebenarnya niat untuk mulakan diet sudah meraja dalam hati lama dulu. Tapi bagai dikata, semangat tak pernah kuat. Aku sering kecundang ibarat kata pepatah hangat-hangat tahi ayam. Pernah sekali makan ubat kurus, berat turun sampai 63kg, tapi bertahan sekejap saja.hihi

Berat aku paling tinggi pernah mencecah sehingga 74kg. Kalau ikutkan famili aku bukan lahir dari genetik yang berbadan besar. Berat dulu paling tinggi 64kg saja. Tu pun masa dah mengandungkan Aiman. Tembam gak la, tapi dengan ketinggian 162cm, BMI aku masih pada tahap normal. Faktor utama kenaikan berat badan rasanya adalah sebab ubat perancang keluarga. Selepas melahirkan Aiman, aku ambil ubat perancang dan hasilnya setiap bulan berat akan naik sekilo. Pernah sekali masa balik kampung, berat naik 4kg sebulan. Selepas aku ambil inisiatif tukar ubat, berat aku naik turun sekitar 67-70kg. Statik disitu susah nak turun dah.

Setahun yang lalu, bila dapat pindah utara, aku dah stop makan ubat. Fasa  4tahun berlalu baru aku sedar yang aku memang sangat tembam. Tak percaya tengok gambar ni. Gambar dua tahun lepas, masa ni berat aku sekitar 70kg rasanya. Gambar sebelum diet tak ada pulak, baru aku sedar sejak dah membesar bagaikan juara, aku dah jarang bergambar secara solo. Tapi setahun yang lepas pun badan aku lebih kurang saling tak tumpah macam ni la.


  

Bila stop makan ubat dan pindah SP, setiap hari aku makan seafood tanpa sekatan. Benda free segar dari Tanjung Dawai,tiap-tiap hari en suami bawak balik sotong,udang dan ketam. Memang melantak tak ingat dunia sehingga berat badan mencecah 73kg. Masa ni aku dah naik risau. Aku mula kontrol makan, makan seperti biasa cuma kurangkan nasi, hasilnya turun sekilo saja. Mana taknya seafood semua aku bantai tanpa had.

Permulaan pengembaraan diet bermula April 2012 bila aku saja suka-suka cuba Cabaran 7 Hari Menu Diet. Tak sangka selepas itu bila timbang aku kehilangan 4kg. Selepas dah turun banyak barulah datang semangat untuk turunkan lebih banyak kilogram lagi. Aku mula kurangkan nasi dalam menu harian dan makan secara terkawal. Selain tu aku amalkan jogging dan skipping. Selepas tu asal timbang je berat mesti turun. Tersangatlah suka sambil buat lompat bintang!

Hasilnya aku loss 12kg in 4 month. Brat terkini 61kg. Ini gambar terkini masa hari raya ketiga. Aiman suruh buat peace tapi ibu belum sedia. Abaikan wajah poyo, fokus pada penurunan berat badan sudah ye.  Abaikan juga background.hiks



Nah amik sekeping lagi..huhu Harap dapat kurangkan 4-5kg lagi.


Buat para pendiet, dietlah secara sihat dan jangan lupa untuk bersenam. Jangan mengharapkan hasil yang cepat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jangan cepat berputus asa. Ingat usaha tangga kejayaan. Yang penting jangan sia-siakan nikmat makan. Bila dah tersasar jauh, cepat-cepat cari jalan pulang. Ok ending tak bley blah! Chiaow..



Sabtu, 1 September 2012

Diet Selepas Raya

Selamat Hari Raya kepada semua pendiet!

Amacam raya? Bulan yang paling menakutkan para pendiet yang mahu langsing tiba juga. Syawal adalah bulan kemenangan buat umat Islam. Mesti ramai yang makan tak ingat. Kalau makan berpada pun, bila disajikan dengan aneka juadah pasti ada yang mahu merasa semua, sudahnya jadi tidak berpada lagi.Kan?

Pada aku tidak ada salahnya kalau kita korbankan diet dan menghargai raya selama syawal selagi tidak tersesat jauh. Raya ni aku menikmati makanan seadanya. Kuih raya paling susah nak kawal. Asal beraya rumah orang semua kuih nampak sedap gila. Nasik pun aku bantai hari-hari. Lemak semakin memonopoli perut, gerun rasanya dan mahu insaf sekarang!haha..

Hari ini sudah tiba masanya aku pulang kepangkal jalan semula. Aku dah start buat puasa enam. Hari ini hari kedua, Alhamdulillah. Kalau perlu aku mahu buat cabaran 7hari sekali lagi. Harapan aku untuk berat badan ideal terlaksa semakin membuak dengan semangat. Doakan semoga berjaya!


Sabtu, 4 Ogos 2012

03.08.2012 - Lost another 2kg!

Yeay! sebab bulan puasa agaknya, berat badan turun lagi walaupun tak berapa jaga makan, bersenam memang tak arr bulan ramadhan nie. Lepas makan terus malas, Nak taip sekarang ni pun malas.haha. 


Untuk rekod, setakat ni aku dah turun sebanyak 12kg. Sebelum raya nak turunkan 4kg lagi untuk berat badan ideal memang tak mampu rasanya. Ada lebih kurang dua minggu saja lagi. Raya ni kompem makan banyak, gerun je berat akan naik, Uwaa..Takpe lepas raya diet dan bersenam semula ok!









Sabtu, 30 Jun 2012

29.06.2012 - Loss 3kg



Tempohari waktu balik kampung Penang ramai yang tegur perubahan aku. Ramai pula yang puji aku nampak kurus sampai naik kembang kempis salur pernafasan ke hidung.kahkah..Bila dah termakan puji mulalah merasa bangga dan lupa diri, asyik cheat saja sampai nak timbang pun naik gabra.haha


Namun semalam tak sangka boleh turun lagi 3kg. Aku rasa macam lemak semakin berleluasa sebab tak berapa kontrol makan. Sepanjang tiga minggu aku asyik belasah makan kuih satu hari sampai lebih 3 ketul. Tu belum lagi kuih permintaan en suami yang aku buat, aku pula yang makan lebih. Tak sangka berat masih lagi turun. Agaknya metabolisme aku dah makin tinggi.haha..


Walaupun makan secara tak terkawal, esoknya aku akan keep in track semula. Dalam seminggu dua tiga kali aku pergi jogging. Bersenam selama sejam setiap sesi sangat membantu dalam penurunan berat badan. Dalam tiga minggu ini juga aku rajin berpuasa. Seminggu aku buat puasa sunat dalam dua hari. Bila jogging aku makan main belasah juga, tapi bila puasa aku langsung tak bersenam. Bila dah malam, bernafsu menonton TV saja. Skipping pun dah malas nak buat.


Apa pun aku cukup puas hati dengan penurunan sebanyak 3 kg dalam 3 minggu. Bagi aku, aku masih enjoy makan walaupun berdiet. Semua benda sedap aku belasah. Aiskrim makan, pizza makan, coklat makan, nasi semua pun aku bedal juga. Sebulan sekali wajib makan KFC punya! Yang paling penting kena cepat kembali ke pangkal jalan. Jangan sesat lama sangat!hiks..


Untuk rekod, setakat ini aku sudah turun sebanyak 10kg. Baju-baju zaman anak dara semua dah boleh pakai semula.hehe..6kg to go! Harap-harap bulan puasa ni dapat turun lagi. Barulah dapat raya dengan pujian dan keyakinan aku  makin slim!kihkih...





Rabu, 13 Jun 2012

Laksa Utara Untuk Diet


Laksa diperbuat daripada beras (nasi), dan dimakan bersama dengan kuah laksa yang diperbuat dari pelbagai rempah ratus, termasuklah bunga kantan, asam keping, daun kesum dan juga isi ikan segar yang dikisar. Rasa kuah laksa yang dibuat sendiri adalah lebih asli, lebih pekat dan sedikit masam. 
Antara jenis-jenis laksa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Laksa Asam, yang mana termasuklah Laksa Utara, Laksa Kuala Perlis, dan sejenis lagi versi laksa yang lebih halus bentuknya dikenali sebagai “Laksa Putu Mayang”. Laksa Putu Mayang ini sukar dijumpai di mana-mana negeri di Malaysia kecuali di utara Kedah dan Perlis. 
Sekarang aku memang tengah craving laksa yang saiznya lebih kecil macam mutu mayang ni tau. Untunglah aku tinggal dekat utara. Dekat kedai runcit memang ada jual. Sumber ikan segar terbaik dari Tanjung Dawai, percuma pula sebab en suami berniaga ikan. Memang selalu masak, sebungkus laksa 3 kali buat.haha..
Pagi tadi aku sarapan semangkuk laksa. Bagi aku, laksa utara adalah antara makanan yang sesuai untuk berdiet. Ini kebaikan laksa yang aku dapat dari Susu Sejat :
  1. Kalori lebih rendah berbanding makanan berkuah yang lain memandangkan kuahnya tidak mengandungi sebarang unsur lemak yang nyata seperti santan mahupun minyak masak.
  2. Tinggi kandungan protein. Selain daripada kuahnya yang tinggi kandungan protein (diperbuat daripada ikan laut segar seperti ikan kembung), ia juga dimakan bersama dengan telur rebus yang juga merupakan sumber protein yang berkualiti.
  3. Seimbang kandungan nutrisi (makronutrien) dari pelbagai sumber. Karbohidrat daripada mee laksa yang diperbuat dari beras/nasi, Protein daripada telur dan kuahnya, manakala sumber lemak adalah daripada lemak omega yang terkandung pada kulit ikan kembung yang dikisar (kuantiti yang sangat kecil, justeru memadai untuk keperluan badan) dan juga dari kuning telurnya.
  4. Kaya serat dan mikronutrien. Sama seperti hidangan nasi harian, ia juga mengandungi pelbagai jenis sayuran yang berfungsi sebagai sumber vitamin, mineral, serat dan alkaline. Ini termasuklah timun, salad/lettuce hiris, cili merah, bawang, daum kesum, bunga kantan, dan perahan limau nipis.
  5. Seimbang kandungan asid-alkaline kerana mengandungi bahan-bahan di atas.
  6. Tinggi sumber Kalsium. Isi ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa dikisar bersama-sama dengan tulang-tulangnya, dan seperti yang kita tahu, tulang mengandungi Kalsium.
  7. Daun kesum yang digunakan dipercayai mampu merawat bengkak, jerawat, dan kembung perut. 
  8. Asam keping (asam gelugor) yang digunakan dalam kuah laksa juga bukan sahaja mengandungi anti-oksidan, sebaliknya ia juga membantu dalam menukarkan lemak badan kepada tenaga apabila kalori defisit tercipta.


Ahad, 10 Jun 2012

Tips Kurus



Tak ada cara mudah untuk kurus. Semuanya perlukan semangat dan program diet yang berterusan. Azam aku untuk dapatkan berat badan ideal sebelum hari raya. Entah berjaya ke tidak. 9kg to go! Tinggal lebih kurang 3 bulan saja lagi,uwaa... hehe


Jom tengok tips diet yang aku baca dari gediq.com :



Senaman 


Tips kurus paling berkesan ialah melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan.


Makan Makanan Sihat 


Seimbangkan diet, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus akan menjadi sempurna. Ada juga tips  yang menyatakan supaya menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carrot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran kita. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet.


Kurangkan Makan 


Kawal diet, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet ialah mengurangkan separuh dari kadar pemakanan kita sebelum ini. Contohnya sebelum ini kita makan 2 senduk nasi, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut tidak kosong dan lapar.


Eskpresi Diri


Lakukan apa yang kita ingin lakukan. Katakan apa yang kita ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya sentiasa gembira dan ceria. Ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus.


Kawal emosi 


Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran. Dengan ini kita akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri. Untuk merealisasikan diet, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.


Jumaat, 8 Jun 2012

08/06/2012 - Gain 1kg, Oh Tidak!



Petang tadi tiba-tiba en suami ajak pergi Mall. Kononnya nak belanja makan celebrate our 6th annivesary semalam. Terjumpa mesin penimbang, mulalah gatal nak menimbang berat walhal dua minggu sudah aku tak diet. Asyik mengadap nasi walaupun dalam jumlah yang sedikit tapi makanan lain semua aku bantai.hahaha. Hasilnya tadi timbang berat aku naik sekilo. PADAN MUKA!


Tadi en suami belanja Pizza Hut dan kek SR plak, makan tak ingat dunia. Ayam kepak, mushroom soup, aiskrim, piza, milo ais semua aku bedal. Entah berapa kilo naik lagi.hehe.. Dah la Atkins Diet tak berjaya. Uwaa..rasa macam nak puasa je esok.haha...


Selamat kembali ke pangkal jalan semula. Bermula esok hari, sila INSAF dan mulakan sesi diet semula ye kutu!







Isnin, 4 Jun 2012

Waktu Terbaik Untuk Bersenam



Waktu pagi pergi taman jubli untuk jogging, tapi aku berjalan laju saja. Bila petang selalunya aku buat skipping dekat bilik. Masalahnya susah nak maintain bersenam disebabkan waktu kerja aku yang tak menentu. Masalah utama juga sebab malas! Sebab tu aku selalu bagi alasan.haha..Sila semangat bersenam semula. Lemak semakin berleluasa dah tu! 


Tahukah korang bila waktu yang paling sesuai untuk bersenam?


Berdasarkan kajian, bersenam pada waktu petang adalah yang terbaik. Ia dapat melegakan tekanan jiwa yang dialami sehari suntuk, mencetuskan kecergasan dan ketenangan. Selain itu, bersenam pada waktu petang dapat memperbaiki sistem tidur kita. Pemecahan lemak dan menjaga kesihatan otot juga boleh didapati jika kita melakukan senaman pada waktu petang. 


Kajian ke atas rentak badan semula jadi pula mendapati, waktu terbaik untuk melakukan senaman ialah sekitar jam 4 hingga 6 petang kerana ketika ini paru-paru berfungsi pada paras optimum. Malah, ketika ini juga otot menjadi lebih anjal dan membolehkan kita menggerakkan badan dengan baik berbanding pada waktu pagi.


Ada juga yang berpendapat masa terbaik untuk bersenam adalah sebelum bersarapan. Bersenam pada waktu ini akan meningkatkan aktiviti minda dan metabolisme. Bersenam sebelum sarapan juga mengubah pengaliran darah ke otot berbanding untuk proses penghadman dan membakar lebihan lemak. Namun hakikatnya, bersenam pada waktu bila-bila pun bukan masalahnya. Asalkan kita buat, tubuh pasti lebih cergas. Berat badan pun dapat dikurangkan!  


Rabu, 30 Mei 2012

29/05/2012 - Day 4



Hari kerja office hour, baru nak breakfast, abah telefon bagitau Aiman nak ikut balik Alor Setar. Aku pun balik rumah sekejap siapkan baju budak chubby tu, so lambat pula aku sarapan hari ni. Lunch pun jadi dua kali. Balik kerja en suami ajak teman makan.hehe


Before Breakfast : 2 gelas + 1 liter air kosong


1030 am : 

  • 1 biji telur rebus
  • 1 biji telur dadar
  • Salad
Before Lunch : 1.5 liter air kosong

0145 pm : Ikan saiz kecil.
  • 2 ekor ikan kembung singgang rebus
  • 1 ekor ikan kembung goreng
  • Salad
0500 pm :
  • 3 ekor ikan kembung singgang rebus
  • 1 ekor ikan kembung goreng
  • Sedikit salad

Before Dinner :  1 liter air kosong 

0730 pm : Salad campur ( all mix together)
  • Seketul kecil ayam dadu (goreng dengan sedikit minyak)
  • 5 ekor udang (campur dalam ayam)
  • 1 keping keju chesdale
  • 3 slices timun
  • 1/2 sudu mayones
Before sleep : 1 liter air kosong

Hari yang menjatuhkan semangat. Abah lorat betul kata jangan diet sangat sampai tak makan. Nanti sekerempeng! ohh tak suka!hiks..En suami pula dok kata aku kurus sangat tak lawa, tapi aku rasa macam aku gemuk lagi. (yang ni ok sebab beliau suka melawak, tapi kadang-kadang sakit hati juga (kahkah) bila tak larat sikit beliau dok kata, tu la..diet sangat! Aku kalau kerja office hour balik rumah memang lembik sikit walaupun tak diet). Uwaa..takda orang beri semangat! Opismate aku kata sekarang badan aku dah ok, kalau kurus sangat tak elok. Uwaa lagi..rasa macam nak terus stop je buat induction nie!haha..



28/05/2012 - Day 3



Hari ni bangun seawal 5 pagi untuk masak breakfast aku dan lunch untuk en suami. Kalau kerja pagi memang jadi rutin masak dulu sebelum ke tempat kerja. Tragedi telur tak masak berlaku lagi. Kali ni nak buat telur rebus jadi telur separuh masak.haha bab telur memang fail untuk kesekian kalinya. Ingatkan nak masukkan telur dalam salad campur aku, tapi oleh kerana lembik, aku terus telan sajalah. 


Before Breakfast : 1 liter air kosong


0615 am : 
  • Sebiji telur separuh masak
0930 am : Salad campur suka hati (All mix together)
  • Seketul isi ayam dadu goreng (saiz kecil)
  • 4 ekor udang goreng (saiz sederhana)
  • Sebiji tauhu goreng (dipotong dadu)
  • 5 slices timun (potong ala dadu juga)
  • 1 sudu mayones
Aku tak pasti berkenaan tauhu, dalam induction memang kata kena haramkan sebarang kekacang. Macam kita sedia maklum tauhu dibuat daripada kacang soya. Dalam cadangan menu tahap dua memang dicadangkan ambil tauhu sebagai snack. Tapi aku dah terbeli 4 bijik pulak tu. En suami dah la tak makan. Takkan nak buang. Membazir tu amalan syaitan kan? Walhal hari ni aku dah buang sebungkus koteaw yang tak dimakan dalam peti ais tu. Aku makan sajalah tauhu, rasanya karbohidratnya tak la tinggi sangat kan.

Untuk lunch malas betul nak masak. Balik kerja tengok lauk dan sayur lunch en suami ada balance, aku makan yang tu je. Aku memang suka makanan bergoreng, walaupun sayur goreng dengan sedikit sangat minyak. Aduh camna nak modified menu bagi jadi lebih sihat, tak masuk tekak.haha. Kat opis tak minum air banyak sangat, tak larat ulang pergi toilet.hiks..Ni pun pukul 1 balik kerja sebotol 2 liter tu habis.

Before Lunch : 1 liter air

0130 pm : 
  • Sebelah ikan pari masak asam pedas ( tanpa kuah)
  • Sayur kankung goreng
  • 3 ekor ikan bawal goreng (saiz kecil)

Before Dinner : 2 liter air kosong

0730 pm : Sup sayur kailan + ayam


Before Sleep : 1 liter air kosong


Malamnya rasa nak buat skipping tapi angin malas datang. Tiba-tiba en suami telefon bagitau abah mak dah on day nak balik sini. Aduh kelam kabut aku kemas, sapu sampah dan mop lantai semua. Rasanya ini menggantikan senaman juga. Berpeluh aku satu badan ok!






Isnin, 28 Mei 2012

27/05/2012 - Day 2



Alhamdulillah hari ini sembelit telah pergi. Mungkin sebab aku minum air dengan banyak, sistem perkumuhan pun berjalan lancar.hiks..Petang semalam pergi cari mayonis, aku cuma jumpa lady's choice saja paling rendah nilai karbohidrat. 1.3g carb per serving, tinggi juga kan. Emm belasah juga botol kecil sebab brand lain tak ada. Tak banyak pilihan almaklum mini market, rasa rugi pula hari tu pergi Tesco tak cari mayones. 


Before Breakfast : 1 liter air kosong


0845 am : 
  • Telur dadar berkeju (2 biji telur dan sekeping chesdale), 
  • 4 slices timun 
  • Setengah biji tomato 
  • Mayones 1 sudu.

Lepas breakfast terus masak awal, pastu buat senaman ringkas, lompat bintang 50 kali dan skipping 500 kali.


Before Lunch : 2 liter air kosong


1245 pm : 
  • 3 ekor ikan pari bakar (sederhana dan kecil)
  • Sup bayam.

Untuk dinner, bayam lunch ada lebih, so aku campur je dalam singgang.

Before dinner : 2 liter air kosong

0700 pm : 
  • 3 ekor ikan bawal masak singgang tomato (setengah biji) bayam

Before Sleep : 2 liter air kosong




Ahad, 27 Mei 2012

26/05/2012 - Day 1



Empat hari sebelum ni aku buat Atkins Diet ternyata aku kena sembelit. Tadi nak buang air besar gila punya susah.haha..Kononnya nak buat telur separuh masak untuk breakfast, tapi tak menjadi, telur aku macam tak masak je. Fail sungguh. Nampak sangat jarang rebus telur.hehe..Sebiji dah tertelan, lagi sebiji aku goreng dengan sedikit minyak guna kuali leper.


Before Breakfast : 4 gelas air kosong (berapa liter ekk aku tak sukat pula)

0815 am  : 
  • 1 biji telur separuh masak.
  • 1 biji telur goreng.


Before Lunch : 1 liter air kosong


1215 pm : 
  • Tomyam ayam (dalam dua ketul juga aku rasa) + sedikit cendawan + sebiji tomato.
  • Seketul peha ayam goreng.

Untuk dinner cadangnya nak bakar ayam, tapi en suami pula tinggalkan ayam goreng yang lunch lagi satu ketul. Tak ada orang makan maka terpaksa aku yang ngap. Ada si chubby boleh la bagi itu budak. So aku guna sebagai menu dinner aku. Tak payah bakar dah, dasar malas walaupun masuk oven je.kihkih..



Before Dinner : 2 liter air kosong

0630 pm :
  • 1 Ketul kepak ayam goreng 
  • Sayur kailan goreng dengan isi ayam ( 1 ketul kecil)


Before sleep : 1.5 liter air kosong




* Tekak aku asik haus saja. Lepas minum buang, lepas buang minum.haha. Hari ni banyak gila aku minum, 5 liter juga. Cuma tak tahan asyik pergi toilet, nasib hari ni tak kerja. Duduk rumah pun home alone.hiks..

 


    Sabtu, 26 Mei 2012

    Buat Semula Diet Atkins





    Blog utama tu dah tak berupdate. Aku asyik google tentang diet saja.hehe Melalui pembacaan aku jumpa blog sorang mamat nie namanya dzul. Beliau pemilik blog http://www.taknakgemuk.com/ yang dah berjaya dengan Atkins Diet. Bila khatam blog beliau, aku lebih faham dan mendalami mengenai diet high protein ini, so dengan bangganya aku nak mula balik diet atkins dari day 1 sebab aku rasa day 4 aku yang sebelum ni macam dah kantoi sebab makan KFC dan sos. Sebelum tu yang makan chicken chop tu pun macam kantoi gak.haha..


    Esok mulakan semula Day 1.huhu Bazir masa 4hari dah. Tapi takpe, mana ada benda yang senang. Dalam 3 bulan dah turun 8kg tanpa Atkins Diet satu pencapaian juga.Bangga seh! SEMOGA DAPAT TURUN DENGAN BANYAK LAGI DENGAN ATKINS!









    Atkins Diet - Day 4



    Balik kerja hari ni lapar, tahan nafsu makan chesdale je pastu dalam pukul 9 lebih sambung tidur.haha Bangun dalam pukul 11 kemudian masak.


    0730 am - 1 keping chesdale
    1200 pm : 2 ketul ayam goreng, sedikit sambal ikan bilis, salad dan sebiji kecil tomato.


    Sambal ikan bilis tu saja je nak merasa cicah dengan ayam goreng. Makan sikit je tau. Petangnya keuar dengan en suami pergi Tesco, makanya fail makan sos sebab makan ayam KFC.haha. Itu je pun pilihan yang ada. Tu pun tak ambil air dan set, cuma add on ayam dua ketul. Pokkits yang baru tu pun takut nak makan. Sesekali reward myself takpe kot. Lagipun timbang turun 3 kg. Suka!haha.. 


    0530 pm : 2 ketul ayam KFC ( kulit dibuang) cicah sos Thai


    * Air 2.5 liter.







    Jumaat, 25 Mei 2012

    25 May - Loss Another 3kg!



    Lebih kurang sebulan dah tak timbang, tadi aku timbang turun 3kg lagi. Sukanya sebab aku budget turun dalam 2 kg je. Ini mungkin sebab aku bersenam saja. Diet aku agak yoyo sebelum aku mulakan Atikins Diet. Rasanya aku makan secara tak terkawal juga selepas turun 4 Kg tempohari. Walaupun aku makan berpada-pada dan memilih makanan yang kurang kalori, aku selalu fail bila tiba time dinner. Aku makan banyak sikit kot dari lunch lepas tu selalu skip breakfast. Apa pun turun 3kg dalam sebulan satu pencapaian yang membanggakan aku juga.


    Atkins diet baru nak masuk 4 hari. So far ok kot. Tadi aku menahan nafsu saja bila tengok en suami beli bermacam jenis jajan. Beliau makan aiskrim tayang-tayang dekat aku.haha memang sadis, tapi kena kuat semangat. 5kg lagi semakin menghampiri. Aku dah dapat apa yang aku idamkan kalau turun 5kg, tapi kalau boleh turun lebih daripada itu lagi best. Kalau boleh lagi 8kg untuk berat badan ideal, Insyaallah.


    Bercakap mengenai senaman, sejak mulakan Atkins diet aku dah tak bersenam. Nak jogging pun setiap pagi asyik hujan. Nak skipping macam tak cukup tenaga sebab tak cukup makan. Tabahlah wahai hati.hehe..Lagipun Atikins Diet ni kata tak payah bersenam pun boleh turun banyak kilo. Tak tahulah sejauh mana keberkesanannya. Cuma mampu berkata kepada diri sendiri sila teruskan usaha! Bila rajin baru bersenam, boleh macam tu?kehkeh





    Atkins Diet : Day 3



    Kerja malam so lepas bangun solat, sambung tidur balik sebab tak ada yang menggangu. Kalau ada Aiman pagi-pagi dah bising lapar.hehe. Celik mata dah hampir pukul 10. Fikirkan malas memang tak makan aku hari ni. En suami pula dah beberapa hari tak kerja sebab ikan tak ada. Kalau beliau tak kerja, maknanya stok ikan dekat rumah pun ilek. Yang ada cuma telur. En suami ajak makan luar, tapi aku malas sebab nanti orang tengok pelik aku makan lauk jer, apa kes.haha..Dengan tahap kemalasan tinggi, aku ke kedai juga membeli seekor ayam dan sayur.


    10 00 am : 1 keping Chesdale
    1230 pm : Sup ayam dan sedikit buncis goreng

    Petangnya asyik menonton TV kemudian tidur, so hanya minum air kosong sampai tak larat ulang alik ke toilet.hiks. Sampai tempat kerja terus makan.


    0700 pm : 3 ketul ayam bakar ( saiz kecil), salad dan sebiji kecil tomato.


    * 3 liter air kosong




    - Kejap lagi nak dating dengan en suami boleh timbang, harap-harap turun gak la sekilo dua.hoho..





    Khamis, 24 Mei 2012

    Atkins Diet : Day 2



    Hari ni pagi-pagi dah bangun masak, sudah menjadi rutin masak lunch untuk en suami kalau kerja pagi. Malas pula nak masak sayur. So fully protein today! Hari ni makan Puting Damak lagi (sila jangan double meaning).


    0715 am : Chesdale 1 keping
    1115 am : Sebiji telur rebus separuh masak dan 5 ekor ikan puting damak goreng
    0145 pm : Sebiji telur rebus separuh masak
    0500 pm : 10 ekor ikan goreng puting damak


    Makan banyak kan hari ni? Petangnya en suami ajak makan luar. Dalam kepala otak aku cuma fikir nak makan chicken chop, akhirnya setelah beberapa kedai kami jelajah, jumpa juga western food. Buah epal dan kentang goreng bagi en suami, coeslow makan sikit je sebab ada carrot. Aku makan ayam saja. Sosnya tu entah berapa nilai karbohidrat. Janji sedap!haha..


    0730 pm : Grilled Chicken Chop dan sedikit coeslow. 


    * 3 liter air kosong







    Rabu, 23 Mei 2012

    Atkins Diet : Day 1

    Diet cara ni memang betul-betul menguji kesabaran. Aku tak punya banyak pilihan menu untuk makan. Yang ada kat rumah cuma telur, sedikit ketam dan ikan kecik kemetot namanya Puting Damak kata en suami. Kelakar gila nama. Ayam boleh gak masuk tekak tapi aku tak sempat beli. Bukan tak sempat, sebenarnya aku malas nak ke pasar.hehe. 


    1000 am : Telur rebus dua biji (kuning sebiji saja)
    1215 pm : 3 ekor ketam rebus (saiz kecil) dan setengah mangkuk kankung.


    Petangnya aku kerja boleh pula terlupa nak bawa bekal, so sampai pukul 7 aku cuma minum air kosong. Kesian tapi malam makan banyak. Boleh kan qado?haha.


    0730 pm : 10 ekor ikan Puting Damak goreng, 3 ekor ketam rebus (saiz kecil) dan sedikit kankung goreng.


    * Air kosong 3 liter





    Sabtu, 19 Mei 2012

    Atkins Diet Untuk Kurus





    Diet Atkins lebihkan sumber  Protien daripada Karbohidrat

    Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan akan mula menyusut. Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

    Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

    Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

    Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika ingin mencapai tubuh langsing impian. 4 peringkatnya ialah:


    1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
    2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
    3. Pre-maintenance
    4. Lifetime Maintenance



    Induction 


    Ini ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah  kita lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan. Yang pasti, lagi berat badan atau lagi susah untuk menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali),  semakin lama kita patut berada pada tahap Induction.

    Semasa 2 Minggu Induction:

    1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
    2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
    3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
    4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
    5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
    6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
    7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
    8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
    9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

    Boleh Makan:

    1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
    2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
    3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
    4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
    5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
    6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
    7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
    8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je.
    9.) Pizza? Makan topping sahaja.
    10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

    Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.


    Contoh sarapan / Breakfast

    1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
    2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
    3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
    4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)


    Makan Tengahari / Malam

    1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
    2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
    3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
    4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
    5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

    Carb = Karbohidrat
    Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!


    Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
    Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
    Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
    Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

    Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction

    1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
    2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
    3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
    4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
    5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
    6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
    7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
    8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
    9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
    10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
    11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
    12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! 


    Syarat-syarat Induction

    1. Pastikan makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab kita akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
    2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
    3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
    4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
    5. Minum banyak air. Kalau sembelit, boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
    6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
    7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
    8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
    9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan produk tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.



    Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan tetapi untuk memastikan badan membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika kita menghadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah kita akan menghilangkan lemak.


    Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.



    Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, kita minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, kita hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

    * Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. 


    Ongoing Weight Loss


    Tahap ini akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya kita tahu had toleransi karbohidrat kita.

    Had toleransi kabohidrat ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan kita boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

    Contoh Menu


    Pagi :

    1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
    - 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
    - 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
    2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
    - 0.5 karbohidrat


    Tengahari :

    1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
    - 0 gram karbohidrat)
    2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
    - 0 gram karbohidrat
    3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
    0.2 - 1 gram karbohidrat
    - any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
    4.) ATAU makan salad sekali lagi

    Malam: - sebelum jam 9.00pm:


    Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

    1.)Sup daging lembu, sup ayam pun ok asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
    2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi). Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
    3.) Daging goreng kering
    4.) ATAU steak lembu / kambing


    Snacks:

    1.) 1 keping Cheddar cheese
    2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
    3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja) makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun tak apa.


    Minuman:

    1.) Air biasa
    2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


    Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet

    Bahagian Daging:

    1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
    2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

    Section Frozen Food / Makanan Dibeku:

    1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
    Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
    2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
    3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

    Bahagian Sayur dan Buah-buahan:

    1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
    2.) Elakkan buah-buahan.

    Bahagian Makanan Ringan:

    1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
    2.) Jauhi gula2 / coklat.

    Section Makanan Dalam Tin:


    1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
    2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

    Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:


    1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
    2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
    3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

    Bahagian Makanan Dalam Botol:

    1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
    2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
    3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
    4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
    5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
    6.) Elakkan Thousand Island.

    Bahagian2 Lain:

    1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
    2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
    3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
    1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
    asalkan BUKAN nasi, roti.
    2.) Fast food
    McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
    Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
    Pilih salad sekali.
    KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
    3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.


    Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan akan jadi biasa tak makan benda-benda tu. Yang penting, sihat dan cergas.

    Bergantunglah pada kita. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. 


    Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya. Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

    Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

    Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.


    Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.

    Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. 


    Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

    Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.


    Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi. Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula. Hentikan tabiat minum minuman ringan seperti coke, pespsi dan lain-lain.

    Tambahan kepada program, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan, ada yang telah turun sehingga 30kg dalam masa beberapa bulan sahaja. walaupun tidak melakukan sebarang sukan.


    * Akan cuba, kuat semangat, chaiyok!hehe..