Isnin, 30 April 2012

Tembikai Untuk Diet


Tembikai, buah yang berasal dari Afrika Selatan kini ditanam hampir di ke semua negara beriklim tropika atau sederhana. Terdapat lima jenis tembikai iaitu Yellow Watermelon, Orangeglo, Moon and Stars, Cream of Saskatchewan dan Melitopolski. Kelima-lima jenis ini berbeza warna dan saiz.

Tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi menjadikan buah tersebut segar terutamanya pada musim panas. Kadar kalori dalam tembikai adalah rendah. Tembikai salah satu buah yang menyihatkan dan hidangan sempurna untuk sesiapa saja yang ingin menurunkan berat badan.
100 mg tembikai mengandungi antara lain:
Kalsium – 7 mg
Karbohidrat – 7.55 gm
Lemak – 0.15 gm
Fluorida – 1.5 mcg
Besi – 0.24 mg
Magnesium – 10 mg
Fosforus – 11 mg
Potasium – 112 mg
Protein – 0.61 gm
Sodium – 1 mg
Gula – 6.20 gm
Tembikai yang kaya dengan potasium membantu menyimpan garam daripada meningkatkan tekanan darah selain mengurangkan risiko mendapat batu karang. Ada kajian menunjukkan tembikai boleh menguatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh memerangi jangkitan selain kaya dengan sumber karotenoid yang mempunyai bahan pencegah kanser. Amalan makan tembikai juga dikatakan mampu meredakan simptom-simptom osteoartritis and rheumatoid artritis. 
Selain itu, buah yang kaya dengan anti oksida penting itu juga membantu tubuh meneutralkan radikal-radikal bebas yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon. Kandungan anti oksida dalam tembikai juga mengurangkan risiko serangan jantung. Beta karotena dalam tembikai membantu menjadikan penglihatan lebih jelas terutama pada waktu malam.







Ahad, 29 April 2012

27 April : Loss 4kg!

Berat badan aku turun 4kg kalau nak bandingkan dengan dua bulan lepas aku cuma turun sekilo. Tak sangka banyak juga turun setelah cuba cabaran diet 7hari walaupun tidak mengikut menu sepenuhnya. Siap derhaka sana-sini. Patutlah jeans dan baju aku yang ketat dah selesa pakai. Alhamdulillah


Sekarang semakin semangat diet dan bersenam. En suami pun semangat ajak jogging setiap pagi. Kalau tak kerja pagi bolehlah jogging. Dalam seminggu dapat dalam dua tiga kali jadilah. Semoga dapat turun lebih banyak kilo lagi. Target aku sekurang-kurangnya dapat turun hingga 8kg lagi. Chaiyok! Esok balik kampung semoga dapat mengawal nafsu.hehe..







Selasa, 24 April 2012

Baik Buruknya Diet Elak Nasi


Diet elak nasi agak popular sampai aku pun terjebak.haha..Diet seperti ini langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Makanan bergoreng, terus dielakkan. Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!
Fakta : Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.
Komen Pakar: Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat. Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus ‘bermusuh’ dengan nasi. Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya.
Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan. Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.



Isnin, 23 April 2012

Day 7 : Cabaran 7 Hari



Hari Ketujuh (baru ada nasi tu pun dengan beras perang, jus buah kurang manis dan sayur-sayuran dan juga sup)

  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

Diet Kutu : Day 7

Hari terakhir perlu ambil nasi beras perang, aku tukarkn dengan koteaw. Aku agak malas buat air jus, lebih suka makan buah begitu saja. Hari ini tewas juga makan kuih. En suami adalah puncanya.haha..

0830 am : Sebiji pau inti kelapa (tahan nafsu tengok en suami makan nasi lemak.hehe..)
1200 pm : koteaw sup sayur dan telur (lobak merah dan baby jagung + putih telur sahaja)
0100 pm : Sebiji karipap (sayang nak buang, en suami makan tak habis. haha..) 
0600 pm : sebiji sunkist

* Makan kuih menu diet yang tak tersenarai dalam cabaran. Aku cuma tak mahu extreme sangat sampai tak dapat nak merasa nikmat makan.kehkeh




Day 6 : Cabaran 7 Hari



Hari Keenam (daging dengan sayur  berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup )

  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.

Diet Kutu : Day 6

Hari ni kerja pagi,dok bersembang dengan opismate lalu tak makan hingga tengahari. Balik kerja baru makan. Aku tak beli daging, cuma ambil ikan. Hari ini juga malas nak masak sayur. Boleh camtu?kiki..Perut aku tak lapar plak, tiga kali saja makan dengan meratah ikan.hehe

0100 pm : 3 ekor ikan kembung singgang rebus
0500 pm : 3 ekor ikan kembung singgang rebus
0730 pm : 1 mix fruits yogurt

* Masih tak menyentuh air manis.


Day 5 : Cabaran 7 Hari



Hari Kelima (daging dan tomato, daging ayam atau  ikan, 6 biji tomato dan juga sup, tak ada nasi lagi )

  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih (ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram, selain makan 6 biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.

Diet Kutu : Day 5


Stok ikan banyak dekat rumah, jadi aku buat ikan masak singgang campur tomato untuk tiga kali makan. Disebabkan tomto tak berapa nak segar, aku buat 5 biji saja. Day 5 ikut menu kan? Sup je skip.hehe.. 


1030 am :  2 ekor ikan kembung dan 2 biji tomato
0430 pm : 2 ekor ikan kembung dan 2 biji tomato
0730 pm : 1 ekor ikan kembung dan 1 biji tomato


* Minum air masak saja. Aku tak rasa aku diet secara extreme sebab so far aku tak rasa lapar sangat, Alhamdulillah.



Jumaat, 20 April 2012

Day 4 : Cabaran 7 Hari



Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup, juga tak ada nasi)

  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.

Diet Kutu : Day 4

Hari ini off, jadi sibuk mengemas, mengemop dan masak sampai terlupa nak makan pagi, minum air masak je. Pisang pula tak ada. Susu tak sanggup nak minum sebab aku dah makan secara berlebihan. Hari yang sukar bukan kerana apa, petangnya outing ke Pantai Merdeka dengan en suami dan Aiman. Mula-mula niat hati tak nak makan, tapi dah sampai kedai makan takkan nak tengok saja plak. Hari yang paling derhaka, dah la semua bergoreng. Aduh, day 4 memang paling fail!

1100 am : Secawan oat (air, oat dan sedikit gula)
1200 pm : Sedikit bayam goreng, seekor ikan kembung goreng dan sebiji bergedil kecil.
0500 pm : 1 kuih cakoi, 1/2 biji donut, 1 ketul karipap dan sedikit koteaw goreng.
0700 pm : 1 ketul karipap dan 1/2 biji donut (lebihan makan dekat kedai)


*Jiran depan rumah ni bagi bergedil plak. Nasib baik dia buat kecil molek je. Makan juga satu sebab en suami dan Aiman dok goda kata sedap. Dekat kedai makan, Aiman makan tak habiskan koteaw goreng dia, terpaksa gak aku habiskan. Kalau tak membazir.haha..Kuih kat gerai tu sedap plak sampai aku fail menahan nafsu. Kalau dok rumah mesti nafsu terkawal. Semoga esok dapat mengikuti cabaran menu dengan betul.hiks..







Day 3 : Cabaran 7 Hari



Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua, tanpa kentang putar )

  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. 

Diet Kutu : Day 3

Wah tak sangka 3 hari sudah aku berjaya sahut cabaran.haha..Hari ni kerja pagi jadi aku tidak makan secara kerap, sekali makan buah banyak pulak tu. Tak sanggup nak buat sayur bayam yang ada dalam peti ais pasal semalam punya pun masuk tong sampah. Hari ni punya menu macam tersasar jauh dari cabaran asal. Belasah jer la!

0930 am : Sebiji epal hijau dan sebelah buah pair
0100 pm : Sup sayur (brokoli, lobak merah dan baby jagung) dan sedikit ikan cencaru bakar.
0500 pm : Sebelah buah pair


* Hari ini aku agak kurang minum seperti biasa. Air manis memang tak sentuh lagi. Perut aku dah dapat menyesuaikan diri agaknya. 3 kali saja aku makan dalam sehari tapi tak lapar. Sebelah malam mula-mula ingat nak buat oat, tapi disebabkan malas aku hanya minum air masak.hehe. 





Khamis, 19 April 2012

Day 2 : Cabaran 7 Hari



Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )

  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
  • Sebelah malam pula makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting, lupakan mentega dan mayones. Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Diet Kutu : Day 2


Hari ni kurang sikit makan sebab rasa tak selera. Sup bayam tu pun makan sikit je. Hari yang agak meletihkan juga, tapi cuba mengawal perasaan sebaik mungkin. Petang tak makan sebab aku tidur.

0630 am : Sebelah buah pear
0930 am : 1/2 mangkuk sayur kankung
1200 pm : Sup sayur bayam
0100 pm : Sebiji epal hijau
0530 pm : Kentang putar
0730 pm : Sekeping biskut sayur


* Macam biasa aku hanya minum air masak. Aku makan gak dua tiga cubit ikan goreng.hehe..Pastu kentang putar ada sedikit derhaka letak chezzy sauce yang beli dekat Kakyong. 









Rabu, 18 April 2012

Day 1 : Cabaran 7 Hari

Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)
  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.

Diet Kutu : Day 1

Jus tembikai tak masuk senarai, nak beli tapi tak jumpa tembikai. Memang tak rasa lapar sebab macam setiap jam je aku makan.hoho. Dugaan betul bila setiap kali BW mesti nampak gambar makanan yang sedap-sedap.haha.. 

0900 am : Sebelah buah epal hijau
1000 am : 1/2 mangkuk kecil Kankung Goreng Belacan
1100 am : Sebelah buah pair
1200 pm : Sebelah buah epal hijau
0200 pm : Sup sayur ( lobak merah, brokoli, baby jagung )
0400 pm : Sebelah buah oren sunkist
0730 pm : Sup sayur dan sebelah oren sunkist

 Air hanya minum air masak. Aku curi-curi juga makan ikan goreng cencaru secubit dua. Tak tahan pulak tengok ikan besar yang sedap tu. Lepas tu antara hidangan makan malam tu aku ratah coco crunch sikit. Ngelat sikit je takut kempunan.hehe..




Jumaat, 13 April 2012

Cabaran 7 Hari Menu Diet


Cabaran 7 hari menu diet ni aku ambil dari blog Puanbee. Buat yang berjiwa cekal dan kuat semangat saja boleh ikut menu diet ini. Aku rasa nak cuba juga tapi tak tahu sejauh mana boleh bertahan sebab memang tak berapa nak kuat semangat.hehe..


Jadi aku tempek kat sini supaya senang aku nak refer bila aku sudah bersedia menyahut cabaran. Pada yang sedang cuba menurunkan berat badan, jom tengok apa menu diet berkesan yang boleh kita amalkan. 


Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)
  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
  • Sebelah malam pula makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting, lupakan mentega dan mayones. Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua, tanpa kentang putar )
  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. 
Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup, juga tak ada nasi)
  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Hari Kelima (daging dan tomato, daging ayam atau  ikan, 6 biji tomato dan juga sup, tak ada nasi lagi )
  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih (ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram, selain makan 6 biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Keenam (daging dengan sayur  berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup )
  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh (baru ada nasi tu pun dengan beras perang, jus buah kurang manis dan sayur-sayuran dan juga sup)
  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
Hari kelapan kita boleh terus melantak apa saja macam tak pernah jumpa makanan.haha..Ok jangan ikut. Memang agak azablah kalau nak cuba. Tapi kalau tak cuba tak tahu kan?hiks..


Rabu, 4 April 2012

Nafsu Semakin Tidak Terkawal



Wah dah lama tak menaip disini. Sebulan lansung tak berupdate. Dua bulan lepas berat aku turun sekilo tapi sejak kebelakangan ini, aku agak aktif makan. Makanya niat dan semangat untuk kurus semakin jauh. Bulan lepas langsung tak timbang. Entah apa sudah jadi pada berat aku. Entah bertambah berapa kilo, entah tidak berubah kedudukan agaknya.


Pemakanan yang semakin tidak terkawal menzahirkan perut yang bertambah buncit. haha. Serius aku masih cuba mengawal nafsu makan. Bila mengurangkan jumlah nasi dalam hidangan harian, aku semakin makan dengan kerap. Kadang-kadang aku makan dalam jumlah yang banyak pula jika tidak menikmati hidangan dengan kerap. Nampaknya sudah tiga bulan percubaan menurunkan berat badan menjadi sia-sia. 


Wahai Kutu..April ini sila bersemangat kembali!