Sabtu, 30 Jun 2012

29.06.2012 - Loss 3kg



Tempohari waktu balik kampung Penang ramai yang tegur perubahan aku. Ramai pula yang puji aku nampak kurus sampai naik kembang kempis salur pernafasan ke hidung.kahkah..Bila dah termakan puji mulalah merasa bangga dan lupa diri, asyik cheat saja sampai nak timbang pun naik gabra.haha


Namun semalam tak sangka boleh turun lagi 3kg. Aku rasa macam lemak semakin berleluasa sebab tak berapa kontrol makan. Sepanjang tiga minggu aku asyik belasah makan kuih satu hari sampai lebih 3 ketul. Tu belum lagi kuih permintaan en suami yang aku buat, aku pula yang makan lebih. Tak sangka berat masih lagi turun. Agaknya metabolisme aku dah makin tinggi.haha..


Walaupun makan secara tak terkawal, esoknya aku akan keep in track semula. Dalam seminggu dua tiga kali aku pergi jogging. Bersenam selama sejam setiap sesi sangat membantu dalam penurunan berat badan. Dalam tiga minggu ini juga aku rajin berpuasa. Seminggu aku buat puasa sunat dalam dua hari. Bila jogging aku makan main belasah juga, tapi bila puasa aku langsung tak bersenam. Bila dah malam, bernafsu menonton TV saja. Skipping pun dah malas nak buat.


Apa pun aku cukup puas hati dengan penurunan sebanyak 3 kg dalam 3 minggu. Bagi aku, aku masih enjoy makan walaupun berdiet. Semua benda sedap aku belasah. Aiskrim makan, pizza makan, coklat makan, nasi semua pun aku bedal juga. Sebulan sekali wajib makan KFC punya! Yang paling penting kena cepat kembali ke pangkal jalan. Jangan sesat lama sangat!hiks..


Untuk rekod, setakat ini aku sudah turun sebanyak 10kg. Baju-baju zaman anak dara semua dah boleh pakai semula.hehe..6kg to go! Harap-harap bulan puasa ni dapat turun lagi. Barulah dapat raya dengan pujian dan keyakinan aku  makin slim!kihkih...





Rabu, 13 Jun 2012

Laksa Utara Untuk Diet


Laksa diperbuat daripada beras (nasi), dan dimakan bersama dengan kuah laksa yang diperbuat dari pelbagai rempah ratus, termasuklah bunga kantan, asam keping, daun kesum dan juga isi ikan segar yang dikisar. Rasa kuah laksa yang dibuat sendiri adalah lebih asli, lebih pekat dan sedikit masam. 
Antara jenis-jenis laksa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Laksa Asam, yang mana termasuklah Laksa Utara, Laksa Kuala Perlis, dan sejenis lagi versi laksa yang lebih halus bentuknya dikenali sebagai “Laksa Putu Mayang”. Laksa Putu Mayang ini sukar dijumpai di mana-mana negeri di Malaysia kecuali di utara Kedah dan Perlis. 
Sekarang aku memang tengah craving laksa yang saiznya lebih kecil macam mutu mayang ni tau. Untunglah aku tinggal dekat utara. Dekat kedai runcit memang ada jual. Sumber ikan segar terbaik dari Tanjung Dawai, percuma pula sebab en suami berniaga ikan. Memang selalu masak, sebungkus laksa 3 kali buat.haha..
Pagi tadi aku sarapan semangkuk laksa. Bagi aku, laksa utara adalah antara makanan yang sesuai untuk berdiet. Ini kebaikan laksa yang aku dapat dari Susu Sejat :
  1. Kalori lebih rendah berbanding makanan berkuah yang lain memandangkan kuahnya tidak mengandungi sebarang unsur lemak yang nyata seperti santan mahupun minyak masak.
  2. Tinggi kandungan protein. Selain daripada kuahnya yang tinggi kandungan protein (diperbuat daripada ikan laut segar seperti ikan kembung), ia juga dimakan bersama dengan telur rebus yang juga merupakan sumber protein yang berkualiti.
  3. Seimbang kandungan nutrisi (makronutrien) dari pelbagai sumber. Karbohidrat daripada mee laksa yang diperbuat dari beras/nasi, Protein daripada telur dan kuahnya, manakala sumber lemak adalah daripada lemak omega yang terkandung pada kulit ikan kembung yang dikisar (kuantiti yang sangat kecil, justeru memadai untuk keperluan badan) dan juga dari kuning telurnya.
  4. Kaya serat dan mikronutrien. Sama seperti hidangan nasi harian, ia juga mengandungi pelbagai jenis sayuran yang berfungsi sebagai sumber vitamin, mineral, serat dan alkaline. Ini termasuklah timun, salad/lettuce hiris, cili merah, bawang, daum kesum, bunga kantan, dan perahan limau nipis.
  5. Seimbang kandungan asid-alkaline kerana mengandungi bahan-bahan di atas.
  6. Tinggi sumber Kalsium. Isi ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa dikisar bersama-sama dengan tulang-tulangnya, dan seperti yang kita tahu, tulang mengandungi Kalsium.
  7. Daun kesum yang digunakan dipercayai mampu merawat bengkak, jerawat, dan kembung perut. 
  8. Asam keping (asam gelugor) yang digunakan dalam kuah laksa juga bukan sahaja mengandungi anti-oksidan, sebaliknya ia juga membantu dalam menukarkan lemak badan kepada tenaga apabila kalori defisit tercipta.


Ahad, 10 Jun 2012

Tips Kurus



Tak ada cara mudah untuk kurus. Semuanya perlukan semangat dan program diet yang berterusan. Azam aku untuk dapatkan berat badan ideal sebelum hari raya. Entah berjaya ke tidak. 9kg to go! Tinggal lebih kurang 3 bulan saja lagi,uwaa... hehe


Jom tengok tips diet yang aku baca dari gediq.com :



Senaman 


Tips kurus paling berkesan ialah melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan.


Makan Makanan Sihat 


Seimbangkan diet, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus akan menjadi sempurna. Ada juga tips  yang menyatakan supaya menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carrot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran kita. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet.


Kurangkan Makan 


Kawal diet, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet ialah mengurangkan separuh dari kadar pemakanan kita sebelum ini. Contohnya sebelum ini kita makan 2 senduk nasi, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut tidak kosong dan lapar.


Eskpresi Diri


Lakukan apa yang kita ingin lakukan. Katakan apa yang kita ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya sentiasa gembira dan ceria. Ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus.


Kawal emosi 


Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran. Dengan ini kita akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri. Untuk merealisasikan diet, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.


Jumaat, 8 Jun 2012

08/06/2012 - Gain 1kg, Oh Tidak!



Petang tadi tiba-tiba en suami ajak pergi Mall. Kononnya nak belanja makan celebrate our 6th annivesary semalam. Terjumpa mesin penimbang, mulalah gatal nak menimbang berat walhal dua minggu sudah aku tak diet. Asyik mengadap nasi walaupun dalam jumlah yang sedikit tapi makanan lain semua aku bantai.hahaha. Hasilnya tadi timbang berat aku naik sekilo. PADAN MUKA!


Tadi en suami belanja Pizza Hut dan kek SR plak, makan tak ingat dunia. Ayam kepak, mushroom soup, aiskrim, piza, milo ais semua aku bedal. Entah berapa kilo naik lagi.hehe.. Dah la Atkins Diet tak berjaya. Uwaa..rasa macam nak puasa je esok.haha...


Selamat kembali ke pangkal jalan semula. Bermula esok hari, sila INSAF dan mulakan sesi diet semula ye kutu!







Isnin, 4 Jun 2012

Waktu Terbaik Untuk Bersenam



Waktu pagi pergi taman jubli untuk jogging, tapi aku berjalan laju saja. Bila petang selalunya aku buat skipping dekat bilik. Masalahnya susah nak maintain bersenam disebabkan waktu kerja aku yang tak menentu. Masalah utama juga sebab malas! Sebab tu aku selalu bagi alasan.haha..Sila semangat bersenam semula. Lemak semakin berleluasa dah tu! 


Tahukah korang bila waktu yang paling sesuai untuk bersenam?


Berdasarkan kajian, bersenam pada waktu petang adalah yang terbaik. Ia dapat melegakan tekanan jiwa yang dialami sehari suntuk, mencetuskan kecergasan dan ketenangan. Selain itu, bersenam pada waktu petang dapat memperbaiki sistem tidur kita. Pemecahan lemak dan menjaga kesihatan otot juga boleh didapati jika kita melakukan senaman pada waktu petang. 


Kajian ke atas rentak badan semula jadi pula mendapati, waktu terbaik untuk melakukan senaman ialah sekitar jam 4 hingga 6 petang kerana ketika ini paru-paru berfungsi pada paras optimum. Malah, ketika ini juga otot menjadi lebih anjal dan membolehkan kita menggerakkan badan dengan baik berbanding pada waktu pagi.


Ada juga yang berpendapat masa terbaik untuk bersenam adalah sebelum bersarapan. Bersenam pada waktu ini akan meningkatkan aktiviti minda dan metabolisme. Bersenam sebelum sarapan juga mengubah pengaliran darah ke otot berbanding untuk proses penghadman dan membakar lebihan lemak. Namun hakikatnya, bersenam pada waktu bila-bila pun bukan masalahnya. Asalkan kita buat, tubuh pasti lebih cergas. Berat badan pun dapat dikurangkan!