Pages

Selasa, 18 Disember 2018

Apa Itu Intermittent Fasting?



Intermittent Fasting (IF) adalah trend diet yang semakin popular sekarang. Sebenarnya ia adalah trend kesihatan yang dah lama popular dinegara barat. Di negara kita ni je bila dah viral, yang amal IF ni artis pula, makin ramai la cuba. Tapi bagi aku kalau trend yang bagus, yang memberi kesedaran betapa pentingnya kesihatan tubuh badan, apa salahnya jadi ikutan.

IF merupakan corak pemakanan yang berkitar antara tempoh puasa dan makan. Ia menekankan bila kita boleh makan,  bukannya apa yang boleh dan tak boleh kita makan. Lebih tepat lagi digambarkan IF sebagai pola pemakanan.

Daripada apa yang aku baca, banyak kajian menujukkan IF memberi kesan positif keatas badan dan otak, meningkatkan kesihatan, yang paling best membuatkan kita awet muda sekaligus mungkin juga membantu memanjangkan umur.

Kalau di lihat pada sejarah, manusia sejak dulu kala sebenarnya dah pun mengamalkan IF. Di zaman dahulu dimana tiada tersedia makanan sepanjang masa, tiada peti ais, tiada pasaraya, badan harus berfungsi  menyesuaikan diri walau tiada makanan dalam tempoh yang lama.

Berpuasa dari semasa ke semasa sebenarnya adalah lebih semulajadi daripada sentiasa makan 3 hingga 4 jam sekali.  Dalam Islam sendiri kita digalakkan berpuasa sunat, yang mana kita tahu sangat bagus untuk kesihatan.

Yang paling baik sekali untuk diet bagi orang Islam adalah berpuasa, tapi kalau tak kuat semangat boleh amalkan IF. Waktu puasa IF kita boleh minum air kosong, ambil minuman tanpa kalori seperti teh atau kopi tanpa gula.  So far aku boleh telan air detox je la.

Kalau tak diet pun air detox ni aku memang sedia dok buat

Prinsip IF adalah membahagikan hari atau minggu kepada tempoh makan dan tempoh puasa,  dimana dalam tempoh puasa kita makan sedikit atau tidak boleh makan langsung. Kaedah IF yang polular adalah :

16 / 8 ( protokol leangains) : Yang paling popular dan ramai amalkan. Tidak boleh makan sarapan dan puasa dalam tempoh 8 jam. Contohnya waktu terakhir kita makan adalah jam 8 malam, so kita kena puasa 16 jam sehingga 12 tengahari. Waktu makan adalah dari pukul 12 tengahari hingga 8 malam. Tak semestinya ikut jam yang aku nyatakan, boleh adjust masa ikut kesesuaian individu.

Eat-Stop-Eat : Puasa 24 jam sekali atau dua kali seminggu. Contohnya puasa dengan tak makan malam pada hari pertama hingga hari seterusnya.

5 : 2 Diet : Hanya makan 500 hingga 600 kalori pada dua hari bukan berturut dalam seminggu, kemudian makan seperti biasa pada hari lain.

Semua kaedah ni mampu menurunkan berat badan sekiranya makan tidak berlebihan dalam tempoh makan. Ikut teori pun, kurang kalori kita makan maka berat akan turun.

Kalau ikut logik cara pemakanan orang Malaysia, makanan sarapan semua kaya kalori. Buat IF ni dah tak payah fikir nak sarapan apa, nasi lemak dan roti canai yang tinggi kalori tu pun boleh tinggalkan terus. Sepanjang IF aku memang tak ambil langsung air manis. Fast food memang elak, tapi sekali sekala cheat day makan KFC ok kot. Diet jangan sampai hilang nikmat makan.hahaha..

Permulaan IF memang kita akan makan banyak dalam tempoh makan. Ye la 16 jam kot tak jumpa makanan mesti lapar. Believe me dari sehari ke sehari nafsu makan tu semakin kurang, perut kita pun dah terbiasa tahan lapar ketika puasa. Lama-lama tengok makanan pun dah tak nafsu, sekadar makan untuk hilangkan lapar sahaja.

Sebenarnya kalau buat IF 16/8, kita hanya puasa beberapa jam sahaja ditolak waktu tidur, sangat enjoy tak membebankan. Nak kawal portion dan makan makanan yang sihat tu je perlu disiplin. Insyaallah slowly but surely. hehe.




Tiada ulasan: