Pages

Ahad, 2 Jun 2019

Update 2 Bulan Diet (1 Apr to 1 Jun) 8 kg lost



Alhamdulillah aku dah dapat berat ideal. Tak ada jalan singkat untuk turunkan berat, seterusnya jaga kesihatan. Kena pegang tiga benda : Jaga makan + workout + no produk sampah.

Kalau rasa tak boleh buat sorang-sorang cari kawan atau team yang sama-sama ada azam untuk kurus dan sihat. Kalau mampu boleh join mana-mana online coaching asalkan diet secara sihat dan bersenam bukan percaya produk yang punca berat kita turun. 


From 73 kg to 65 kg. Sapa kata gemuk awesome tak tau la. Aku tengok picture aku buruk gila. Ni pun dah lama kot tak bergambar full sebab takut tengok diri sendiri hahaha

So far rekod aku paling berat 74kg pastu diet turun sampai 61kg pastu mengandung anak kedua just nice berat sampai la bersambung pregnant anak ketiga berat terus susah nak turun. Dia naik sikit-sikit tapi aku dok maintain tak mau bagi angka 7 ja kat depan. 

Pastu lama juga stuck kat angka tujuh bagi alasan anak menyusu lapaq sedia. Lepas anak dah besar dah wean off hang takda alasan lagi untuk overweight. Hahaha

Target lagi 5 to 7 kg pastu nak maintain ja tak mau dah keding sangat pun tak awesome.huhu..







Selasa, 7 Mei 2019

Tips Diet (5 Week 5 kg Loss)



Haritu aku buat IF sebulan turun 2kg pastu naik balik 2kg. Aku andaikan IF memang tak sesuai dengan aku yang kuat makan. haha.. Apa jenis diet pun, kalori kita makan kena kurang dari kalori perlu, comfirm berat akan turun. Nak diet kena ada ilmu,  pastikan kita kenali keperluan kita, enjoy dan jangan berlapar.

1 April aku mula diet, kali ni tekad tak makan nasi selama 2 minggu, aku makan sayur, buah dan ratah lauk. Sumber karbo aku ambil dari bihun, mee, koteaw, roti. Sebenarnya nasi tak salah, nilai kalori sama je dengan roti mee, tapi sebab aku susah nak kawal portion nasi,  aku skip buat sementara waktu.

Lepas 2 minggu aku makan nasi 2 senduk sahaja, kuah tak banjir, lebihkan sayur dan buah. Diet aku takdalah extreme sangat, aku makan je semua, cuma kawal kalori. kadang dah masak kat anak aku belasah ja cekodok, roti puri, roti canai tapi berpada kawal kalori. Aku memang tak makan lauk luar, semua masak sendiri. Kalau aku makan macam lupa diri sikit, aku cover dengan puasa sunat Isnin Khamis, jogging, zumba dan skipping.

Alhamdulillah dah loss 5 kg. Tak nampak perubahan sangat, aku still nampak aku gemuk juga, tapi lemak kat perut memang dah banyak kurang.  Jubah hitam ni sebelum berat turun berapa kali aku pakai buang semula ketat kat perut. Sekarang dah loose selesa.


Kalau orang tanya aku macam mana nak mulakan diet, 1st thing say no to air manis, jajan dan processed foods. Pastu kawal portion, kurangkan makanan berminyak, less sugar less salt, belajar la tentang kalori, fat, protein, karbohidrat. 

Diet untuk cara hidup sihat sepanjang hayat bukan semata nak cantik. Target aku nak turun lagi 4kg sebelum raya. Doakan tau. Nanti kalau rajin aku share menu diet aku. Sebenarnya menu diet ni tak penting sangat pun, kita boleh je makan apa yang kita mau asalkan seimbang dan berkhasiat. Selagi kawal kalori mesti berat akan turun. 









Selasa, 18 Disember 2018

Apa Itu Intermittent Fasting?



Intermittent Fasting (IF) adalah trend diet yang semakin popular sekarang. Sebenarnya ia adalah trend kesihatan yang dah lama popular dinegara barat. Di negara kita ni je bila dah viral, yang amal IF ni artis pula, makin ramai la cuba. Tapi bagi aku kalau trend yang bagus, yang memberi kesedaran betapa pentingnya kesihatan tubuh badan, apa salahnya jadi ikutan.

IF merupakan corak pemakanan yang berkitar antara tempoh puasa dan makan. Ia menekankan bila kita boleh makan,  bukannya apa yang boleh dan tak boleh kita makan. Lebih tepat lagi digambarkan IF sebagai pola pemakanan.

Daripada apa yang aku baca, banyak kajian menujukkan IF memberi kesan positif keatas badan dan otak, meningkatkan kesihatan, yang paling best membuatkan kita awet muda sekaligus mungkin juga membantu memanjangkan umur.

Kalau di lihat pada sejarah, manusia sejak dulu kala sebenarnya dah pun mengamalkan IF. Di zaman dahulu dimana tiada tersedia makanan sepanjang masa, tiada peti ais, tiada pasaraya, badan harus berfungsi  menyesuaikan diri walau tiada makanan dalam tempoh yang lama.

Berpuasa dari semasa ke semasa sebenarnya adalah lebih semulajadi daripada sentiasa makan 3 hingga 4 jam sekali.  Dalam Islam sendiri kita digalakkan berpuasa sunat, yang mana kita tahu sangat bagus untuk kesihatan.

Yang paling baik sekali untuk diet bagi orang Islam adalah berpuasa, tapi kalau tak kuat semangat boleh amalkan IF. Waktu puasa IF kita boleh minum air kosong, ambil minuman tanpa kalori seperti teh atau kopi tanpa gula.  So far aku boleh telan air detox je la.

Kalau tak diet pun air detox ni aku memang sedia dok buat

Prinsip IF adalah membahagikan hari atau minggu kepada tempoh makan dan tempoh puasa,  dimana dalam tempoh puasa kita makan sedikit atau tidak boleh makan langsung. Kaedah IF yang polular adalah :

16 / 8 ( protokol leangains) : Yang paling popular dan ramai amalkan. Tidak boleh makan sarapan dan puasa dalam tempoh 8 jam. Contohnya waktu terakhir kita makan adalah jam 8 malam, so kita kena puasa 16 jam sehingga 12 tengahari. Waktu makan adalah dari pukul 12 tengahari hingga 8 malam. Tak semestinya ikut jam yang aku nyatakan, boleh adjust masa ikut kesesuaian individu.

Eat-Stop-Eat : Puasa 24 jam sekali atau dua kali seminggu. Contohnya puasa dengan tak makan malam pada hari pertama hingga hari seterusnya.

5 : 2 Diet : Hanya makan 500 hingga 600 kalori pada dua hari bukan berturut dalam seminggu, kemudian makan seperti biasa pada hari lain.

Semua kaedah ni mampu menurunkan berat badan sekiranya makan tidak berlebihan dalam tempoh makan. Ikut teori pun, kurang kalori kita makan maka berat akan turun.

Kalau ikut logik cara pemakanan orang Malaysia, makanan sarapan semua kaya kalori. Buat IF ni dah tak payah fikir nak sarapan apa, nasi lemak dan roti canai yang tinggi kalori tu pun boleh tinggalkan terus. Sepanjang IF aku memang tak ambil langsung air manis. Fast food memang elak, tapi sekali sekala cheat day makan KFC ok kot. Diet jangan sampai hilang nikmat makan.hahaha..

Permulaan IF memang kita akan makan banyak dalam tempoh makan. Ye la 16 jam kot tak jumpa makanan mesti lapar. Believe me dari sehari ke sehari nafsu makan tu semakin kurang, perut kita pun dah terbiasa tahan lapar ketika puasa. Lama-lama tengok makanan pun dah tak nafsu, sekadar makan untuk hilangkan lapar sahaja.

Sebenarnya kalau buat IF 16/8, kita hanya puasa beberapa jam sahaja ditolak waktu tidur, sangat enjoy tak membebankan. Nak kawal portion dan makan makanan yang sihat tu je perlu disiplin. Insyaallah slowly but surely. hehe.




Ahad, 16 Disember 2018

Intermittent Fasting



Last update May 2015..konon nak diet pastu terpregnant ke Aryan sado.. Terkubur terus hasrat nak slim.. pastu dari sehari ke sehari membina badan, hanyut dengan makanan yang melimpah sedap, berat badan makin hari makin naik gerun, marilah kita lakukan sesuatu.hahaha

Intermittent Fasting (IF) sekarang kan tengah trending, aku baru juga tahu pasal IF ni dalam awal tahun kawan sekolah dok buat..tapi aku tak ambik port sangat la.. pastu kecoh Lisa Surihani slim sebab buat IF.. Kebetulan aku pun dok nak diet tak menjadi saja.. Ketaq lutut kalau tak makan or makan sikit..sungguh diet 2 3 hari ja pastu fail. Tak boleh nak mula buat macam dulu.. Nak puasa Isnin Khamis pun dah tak berapa kuat. Walaupan azam tinggi tapi diet tu hangat-hangat taik ayam orang kata.hehe

Aryan pun dah wean off susu badan.. Aku rasa inilah waktu terbaik untuk aku dapatkan semula berat ideal. Dulu boleh bagi alasan breasfeeding selalu lapar.. Makan banyak sebab menyusu..sekarang totally sebab nafsu.. untuk sihat dan cantik marilah cuba untuk berubah.

Aku pun mula cari maklumat tentang IF.. tengok video apa kata doktor tentang IF.. Cari ilmu sebelum mula. Lain entry nanti aku tulis apa itu IF..kesan IF kepada sel dan horman badan and so on. Aku rasa IF macam sesuai untuk aku.. Enjoy tak membebankan.. Tak payah nak fikir apa menu yang boleh dan tak boleh makan. Takat air manis tu memang aku boleh ja nyah terus tanpa keraguan.

Aku cuba buat 16/8 (16 jam puasa 8 jam waktu makan) selama seminggu. 4 hari pertama tu waktu makan memang makan serupa naga,  belasah cukup-cukup lapaq teruk katakan. haha.. Pastu bila puasa hari seterusnya  rasa ok.. Nafsu makan dah makin kurang, yang mana sangat baik untuk permulaan aku menurunkan berat badan. Masalah aku ni nak mula tu cukup payah, dah mula Insyaallah boleh keep in track sampai capai target. Harap kali ni aku istiqomah.keke..

Last aku timbang berat memang dah jejak 70 kg something. Aku pun memang rasa badan dah naik sangat especially tang perut, mula tak selesa cepat penat. Selalu kalau berat jejak angka 7 ja aku memang gelabah la..  So untuk senang nak pantau berat badan sales Lazada 12.12 haritu aku grab weight scale baru, yang lama dah rosak.

Cik Pinky berbaloi RM 15 plus je.. Harap bertahan lama


Dalam sejarah hidup aku... kalau tak pregnant, dengan ketinggian 162.. berat aku paling tinggi adalah 74kg. Dah jejak angka 7 memang aku patut insaf la.. Kalau dah makin naik nanti makin susah nak turun. Nak buat kerja nak beribadat pun jadi baloq.. Paling penting untuk kesihatan, makin hari makan berumur kena la jaga.

Orang kata aku tak la gemuk sangat tapi hakikatnya aku bukan nak kurus sangat pun.. Aku nak berat ideal.. Inchloss baru selesa dan confident nak pakai baju apa pun.

Semalam 15 hb 12 aku timbang berat aku 73 kg (gila gemuk. haha) so permulaan diet officially dikira dari semalam.. mari tolong doakan aku boleh lost at least 10kg. Hehe.. Amin..