Ahad, 10 Jun 2012

Tips Kurus



Tak ada cara mudah untuk kurus. Semuanya perlukan semangat dan program diet yang berterusan. Azam aku untuk dapatkan berat badan ideal sebelum hari raya. Entah berjaya ke tidak. 9kg to go! Tinggal lebih kurang 3 bulan saja lagi,uwaa... hehe


Jom tengok tips diet yang aku baca dari gediq.com :



Senaman 


Tips kurus paling berkesan ialah melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan.


Makan Makanan Sihat 


Seimbangkan diet, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus akan menjadi sempurna. Ada juga tips  yang menyatakan supaya menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carrot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran kita. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet.


Kurangkan Makan 


Kawal diet, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet ialah mengurangkan separuh dari kadar pemakanan kita sebelum ini. Contohnya sebelum ini kita makan 2 senduk nasi, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut tidak kosong dan lapar.


Eskpresi Diri


Lakukan apa yang kita ingin lakukan. Katakan apa yang kita ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya sentiasa gembira dan ceria. Ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus.


Kawal emosi 


Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran. Dengan ini kita akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri. Untuk merealisasikan diet, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.


Tiada ulasan: