Waktu pagi pergi taman jubli untuk jogging, tapi aku berjalan laju saja. Bila petang selalunya aku buat skipping dekat bilik. Masalahnya susah nak maintain bersenam disebabkan waktu kerja aku yang tak menentu. Masalah utama juga sebab malas! Sebab tu aku selalu bagi alasan.haha..Sila semangat bersenam semula. Lemak semakin berleluasa dah tu!
Tahukah korang bila waktu yang paling sesuai untuk bersenam?
Berdasarkan kajian, bersenam pada waktu petang adalah yang terbaik. Ia dapat melegakan tekanan jiwa yang dialami sehari suntuk, mencetuskan kecergasan dan ketenangan. Selain itu, bersenam pada waktu petang dapat memperbaiki sistem tidur kita. Pemecahan lemak dan menjaga kesihatan otot juga boleh didapati jika kita melakukan senaman pada waktu petang.
Kajian ke atas rentak badan semula jadi pula mendapati, waktu terbaik untuk melakukan senaman ialah sekitar jam 4 hingga 6 petang kerana ketika ini paru-paru berfungsi pada paras optimum. Malah, ketika ini juga otot menjadi lebih anjal dan membolehkan kita menggerakkan badan dengan baik berbanding pada waktu pagi.
Ada juga yang berpendapat masa terbaik untuk bersenam adalah sebelum bersarapan. Bersenam pada waktu ini akan meningkatkan aktiviti minda dan metabolisme. Bersenam sebelum sarapan juga mengubah pengaliran darah ke otot berbanding untuk proses penghadman dan membakar lebihan lemak. Namun hakikatnya, bersenam pada waktu bila-bila pun bukan masalahnya. Asalkan kita buat, tubuh pasti lebih cergas. Berat badan pun dapat dikurangkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan