Selasa, 4 September 2012
BMR dan DCR Terkini
BMR (Basal Metabolic Rate), iaitu jumlah kalori asas yang kita perlukan agar kemandirian tubuh kita berterusan (bernafas, degup jantung, proses biokimia badan). Manakala DCR (Daily Calorie Requirement) adalah purata kalori sehari yang kita perlukan.
Mengira nilai BMR yang paling hampir berdasarkan faktor-faktor metabolik (umur, jantina, berat dan ketinggian) merupakan tugas yang dilakukan oleh ahli sains sejak seabad yang lalu. Pada asalnya, ‘Rumus Harris-Benedict‘ yang telah dikenalkan pada tahun 1919 telah dijadikan rumus piawai dan digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam menentukan nilai BMR sesuatu organisma berdarah seperti manusia. Ia terus diguna pakai sehinggalah pada tahun 1990, apabila Mark D Mifflin dan rakan-rakan telah menemukan sebuah lagi formula yang lebih tepat – Rumus ini diberi nama ‘Rumus Mifflin‘.
Formula Harris-Benedict
Lelaki: BMR = 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM) – (6.8 x UMUR)
Wanita: BMR = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM) – (4.7 x UMUR)
Kemudian, apabila nilai BMR sudah diperolehi, untuk mengira DCR, nilai tersebut hendaklah didarab dengan ‘faktor aktiviti’ seperti berikut:
Sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2
Lightly active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
Very active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
Extra active (sports twice a day) = BMR x 1.9
Sebagai contoh, aku berumur 28 tahun, berketinggian 162 cm, dan mempunyai berat 61 kg. Aku bersenam 2-3 kali seminggu, maka:
BMR aku = 655 + 523 + 302 – 141
= 1339 kcal/day
DCR aku = 1339 x 1.55
= 2075 kcal/day
Rumus Mifflin
Untuk lelaki: (10 x b) + (6.25 x t) – (5 x u) + 5
Untuk wanita: (10 x b) + (6.25 x t) – (5 x u) – 161
di mana
b = berat dalam kg
t = tinggi dalam cm
u = umur
BMR aku :
= 610 + 1012.5 - 140 - 161
= 1321.5 kcal/day
Kedua-duanya merupakan formula yang bagus dalam memberikan anggaran nilai BMR yang hampir tepat. Namun, terdapat ramai pihak bersetuju bahawa Rumus Mifflin adalah lebih tepat berbanding Rumus Harris-Benedict.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan