Ahad, 2 September 2012
Sejarah : Gambar Dulu dan Sekarang
Sebenarnya niat untuk mulakan diet sudah meraja dalam hati lama dulu. Tapi bagai dikata, semangat tak pernah kuat. Aku sering kecundang ibarat kata pepatah hangat-hangat tahi ayam. Pernah sekali makan ubat kurus, berat turun sampai 63kg, tapi bertahan sekejap saja.hihi
Berat aku paling tinggi pernah mencecah sehingga 74kg. Kalau ikutkan famili aku bukan lahir dari genetik yang berbadan besar. Berat dulu paling tinggi 64kg saja. Tu pun masa dah mengandungkan Aiman. Tembam gak la, tapi dengan ketinggian 162cm, BMI aku masih pada tahap normal. Faktor utama kenaikan berat badan rasanya adalah sebab ubat perancang keluarga. Selepas melahirkan Aiman, aku ambil ubat perancang dan hasilnya setiap bulan berat akan naik sekilo. Pernah sekali masa balik kampung, berat naik 4kg sebulan. Selepas aku ambil inisiatif tukar ubat, berat aku naik turun sekitar 67-70kg. Statik disitu susah nak turun dah.
Setahun yang lalu, bila dapat pindah utara, aku dah stop makan ubat. Fasa 4tahun berlalu baru aku sedar yang aku memang sangat tembam. Tak percaya tengok gambar ni. Gambar dua tahun lepas, masa ni berat aku sekitar 70kg rasanya. Gambar sebelum diet tak ada pulak, baru aku sedar sejak dah membesar bagaikan juara, aku dah jarang bergambar secara solo. Tapi setahun yang lepas pun badan aku lebih kurang saling tak tumpah macam ni la.
Bila stop makan ubat dan pindah SP, setiap hari aku makan seafood tanpa sekatan. Benda free segar dari Tanjung Dawai,tiap-tiap hari en suami bawak balik sotong,udang dan ketam. Memang melantak tak ingat dunia sehingga berat badan mencecah 73kg. Masa ni aku dah naik risau. Aku mula kontrol makan, makan seperti biasa cuma kurangkan nasi, hasilnya turun sekilo saja. Mana taknya seafood semua aku bantai tanpa had.
Permulaan pengembaraan diet bermula April 2012 bila aku saja suka-suka cuba Cabaran 7 Hari Menu Diet. Tak sangka selepas itu bila timbang aku kehilangan 4kg. Selepas dah turun banyak barulah datang semangat untuk turunkan lebih banyak kilogram lagi. Aku mula kurangkan nasi dalam menu harian dan makan secara terkawal. Selain tu aku amalkan jogging dan skipping. Selepas tu asal timbang je berat mesti turun. Tersangatlah suka sambil buat lompat bintang!
Hasilnya aku loss 12kg in 4 month. Brat terkini 61kg. Ini gambar terkini masa hari raya ketiga. Aiman suruh buat peace tapi ibu belum sedia. Abaikan wajah poyo, fokus pada penurunan berat badan sudah ye. Abaikan juga background.hiks
Nah amik sekeping lagi..huhu Harap dapat kurangkan 4-5kg lagi.
Buat para pendiet, dietlah secara sihat dan jangan lupa untuk bersenam. Jangan mengharapkan hasil yang cepat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jangan cepat berputus asa. Ingat usaha tangga kejayaan. Yang penting jangan sia-siakan nikmat makan. Bila dah tersasar jauh, cepat-cepat cari jalan pulang. Ok ending tak bley blah! Chiaow..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
As salam Murni,
Terlopong kekaguman... Masa sy preggy dulu berat sehingga 71 kg... tinggi pun lebih kurang awak je... mmg kena gigih kan nak diet...bukan senang.. eh...dah lama tinggalkan weight scale tak tahu lah ni berat mcmana...alamak suspenlah pulak... lemak2 masih berkumpul lg ni...adeh...
Anyway, tahniah! Semoga terus berusaha mencapai berat idaman! :))
Ini yang buat akak bersemangat ni.... doakan akak ye memang nak sangat kecikkan badan yang semakin menaik ni.... hehehe
Cute le Aunty Kutu...(Sumaiyyah cakap)
tinggi la akak 162..sy rendah skit dri akak 160..hehe...pagi raya sy timbang 59kg... raya sakan punya fasal semua sy bedal naik 61.. huhu..
Nih baru nak kembli ke pangkal jalan..hee
wah.....nak cuba...:)...tahiniah dah semakin cantik....... (^_*)
tahniah.. tahniah.... Kpah pun pernah berjaya menurunkan berat badan ni... cuma.. kalau kpah kurus.. muka jadi cengkung... Kalau berat badan turun tapi raut muka tak jadi panjang dan cengkung.. kan best..!!! so skrg ni.. pilihan ialah yang sederhana.. tak terlalu gemuk sbb kpah ni pendek jer heeee....
tahnaih yer... skipping tu mmg berkesasn kalau nak turunkan berat badan
tahniah muni.. seronokkan bila apa yg kita nak kita dapat... sy ni plak, spt yg muni tgk sblm ni terlalu kurus... xda cutting... hihi.. ni harap prgnant.. tu pun dah 8 bln tp berat55 je..
time blm prgnant mkn byk tp xnaik2.. kalu sy berjaya dpt berat ideal cam muni, mesti sy pun akn eppy sambil lompat bintang cam muni gak.. hihi
Catat Ulasan