Selamat Hari Raya kepada semua pendiet!
Amacam raya? Bulan yang paling menakutkan para pendiet yang mahu langsing tiba juga. Syawal adalah bulan kemenangan buat umat Islam. Mesti ramai yang makan tak ingat. Kalau makan berpada pun, bila disajikan dengan aneka juadah pasti ada yang mahu merasa semua, sudahnya jadi tidak berpada lagi.Kan?
Pada aku tidak ada salahnya kalau kita korbankan diet dan menghargai raya selama syawal selagi tidak tersesat jauh. Raya ni aku menikmati makanan seadanya. Kuih raya paling susah nak kawal. Asal beraya rumah orang semua kuih nampak sedap gila. Nasik pun aku bantai hari-hari. Lemak semakin memonopoli perut, gerun rasanya dan mahu insaf sekarang!haha..
Hari ini sudah tiba masanya aku pulang kepangkal jalan semula. Aku dah start buat puasa enam. Hari ini hari kedua, Alhamdulillah. Kalau perlu aku mahu buat cabaran 7hari sekali lagi. Harapan aku untuk berat badan ideal terlaksa semakin membuak dengan semangat. Doakan semoga berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan