Khamis, 7 Februari 2013
Tuan Tanah Cuti Diet
Dah lama tak update, tuan tanah terpaksa memberhentikan diet buat seketika. Lepas dah loss banyak kg, aku disahkan mengandung. Alhamdulillah rezeki.. Ada hikmah aku turunkan berat badan sebelum pregnant. Now dah 7months.
Nanti dah bersalin nak menyusu pula. Entah dapat teruskan diet ke tidak. Ada baby nanti tak menang tangan la pulak. Kesian ini blog tak berupdate. Jangan merajuk ada masa aku jenguk hang!hiks..
Rabu, 12 September 2012
Rahsia Ustazah Siti Nor Bahyah Kurus
Tadi terbaca dekat fanpage Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bagaimana caranya beliau boleh kurus. Memang agak tekun la sebab 3bulan beliau tak makan nasik. Aku tak makan nasik lebih kurang tiga minggu je kot.hiks..Apa pun tips ni boleh dijadikan panduan buat korang yang ingin menurunkan berat badan.
Berikut adalah rahsia usatazah :
1.Doa tanpa jemu.Hari2 doa dan ustazah berkesempatan berdoa di depan kaabah.Alhamdulillah..biar pun menunggu lama,akhirnya Allah kabulkan.
2.Ustazah minum kopi senyum.Ramuan makanan sunnah dlm kopi senyum sangat bagus untuk kesihatan dan rahsia awet muda.Ramai yang dah cuba.Insyaallah jika digandingkan dengan kurangkan makan nasi @ tak makan nasi untuk sementara waktu,ganti dengan protein seperti ayam, ikan, banyakkan makan sayur, insyaallah boleh turun 4-6kg. Nak cuba kopi senyum,sila call agennya di 0134712984 @ 0163267882.Kalau nak turun lebih lagi,ikut langkah seterusnya.
3.Usatzah dapatkan menu diet dan nasihat serta pemeriksaan kesihatan dari Dr Lina di Timeless Clinic, Kelana Jaya 0378808486.Alhamdulillah lagi bertambah turun. Nak slim, kenalah jumpa Dr dan ikut nasihat Dr.
4.Usatzah tak mkn nasi 3bulan. Selepas tu, oklah, dah boleh makan nasi tapi still kurangkan. Maklumlah umur dah meningkat, kesihatan sangat berharga untuk dijaga.
5.Usatzah tak ambil gula. Sekarang bila dah slim, ustazah masih kawal pengambilan gula dan hari-hari minum kopi senyum untuk maintain.
5.Banyak mkn sayur, buah, protein dan no karbohidrat atas nasihat Dr ketika tempoh diet.
6. Exercise. Setiap hari walaupun sekejap je.
Inilah diet sihat.Alhamdulillah dengan gandingan semua ini, ustazah dah turun 16kg. Niat mesti betul. Slim sihat untuk mudah ibadat, mudah bekerja mencari rezeki, jauh dari penyakit merbahaya...Amin.Gambar bersama Dr Mahathir Mohamed & Dr Lina.Alhamdulillah dengan program Dr , ramai yang berjaya menurunkan berat badan secara sihat.
Selasa, 4 September 2012
BMR dan DCR Terkini
BMR (Basal Metabolic Rate), iaitu jumlah kalori asas yang kita perlukan agar kemandirian tubuh kita berterusan (bernafas, degup jantung, proses biokimia badan). Manakala DCR (Daily Calorie Requirement) adalah purata kalori sehari yang kita perlukan.
Mengira nilai BMR yang paling hampir berdasarkan faktor-faktor metabolik (umur, jantina, berat dan ketinggian) merupakan tugas yang dilakukan oleh ahli sains sejak seabad yang lalu. Pada asalnya, ‘Rumus Harris-Benedict‘ yang telah dikenalkan pada tahun 1919 telah dijadikan rumus piawai dan digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam menentukan nilai BMR sesuatu organisma berdarah seperti manusia. Ia terus diguna pakai sehinggalah pada tahun 1990, apabila Mark D Mifflin dan rakan-rakan telah menemukan sebuah lagi formula yang lebih tepat – Rumus ini diberi nama ‘Rumus Mifflin‘.
Formula Harris-Benedict
Lelaki: BMR = 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM) – (6.8 x UMUR)
Wanita: BMR = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM) – (4.7 x UMUR)
Kemudian, apabila nilai BMR sudah diperolehi, untuk mengira DCR, nilai tersebut hendaklah didarab dengan ‘faktor aktiviti’ seperti berikut:
Sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2
Lightly active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
Very active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
Extra active (sports twice a day) = BMR x 1.9
Sebagai contoh, aku berumur 28 tahun, berketinggian 162 cm, dan mempunyai berat 61 kg. Aku bersenam 2-3 kali seminggu, maka:
BMR aku = 655 + 523 + 302 – 141
= 1339 kcal/day
DCR aku = 1339 x 1.55
= 2075 kcal/day
Rumus Mifflin
Untuk lelaki: (10 x b) + (6.25 x t) – (5 x u) + 5
Untuk wanita: (10 x b) + (6.25 x t) – (5 x u) – 161
di mana
b = berat dalam kg
t = tinggi dalam cm
u = umur
BMR aku :
= 610 + 1012.5 - 140 - 161
= 1321.5 kcal/day
Kedua-duanya merupakan formula yang bagus dalam memberikan anggaran nilai BMR yang hampir tepat. Namun, terdapat ramai pihak bersetuju bahawa Rumus Mifflin adalah lebih tepat berbanding Rumus Harris-Benedict.
Ahad, 2 September 2012
Sejarah : Gambar Dulu dan Sekarang
Sebenarnya niat untuk mulakan diet sudah meraja dalam hati lama dulu. Tapi bagai dikata, semangat tak pernah kuat. Aku sering kecundang ibarat kata pepatah hangat-hangat tahi ayam. Pernah sekali makan ubat kurus, berat turun sampai 63kg, tapi bertahan sekejap saja.hihi
Berat aku paling tinggi pernah mencecah sehingga 74kg. Kalau ikutkan famili aku bukan lahir dari genetik yang berbadan besar. Berat dulu paling tinggi 64kg saja. Tu pun masa dah mengandungkan Aiman. Tembam gak la, tapi dengan ketinggian 162cm, BMI aku masih pada tahap normal. Faktor utama kenaikan berat badan rasanya adalah sebab ubat perancang keluarga. Selepas melahirkan Aiman, aku ambil ubat perancang dan hasilnya setiap bulan berat akan naik sekilo. Pernah sekali masa balik kampung, berat naik 4kg sebulan. Selepas aku ambil inisiatif tukar ubat, berat aku naik turun sekitar 67-70kg. Statik disitu susah nak turun dah.
Setahun yang lalu, bila dapat pindah utara, aku dah stop makan ubat. Fasa 4tahun berlalu baru aku sedar yang aku memang sangat tembam. Tak percaya tengok gambar ni. Gambar dua tahun lepas, masa ni berat aku sekitar 70kg rasanya. Gambar sebelum diet tak ada pulak, baru aku sedar sejak dah membesar bagaikan juara, aku dah jarang bergambar secara solo. Tapi setahun yang lepas pun badan aku lebih kurang saling tak tumpah macam ni la.
Bila stop makan ubat dan pindah SP, setiap hari aku makan seafood tanpa sekatan. Benda free segar dari Tanjung Dawai,tiap-tiap hari en suami bawak balik sotong,udang dan ketam. Memang melantak tak ingat dunia sehingga berat badan mencecah 73kg. Masa ni aku dah naik risau. Aku mula kontrol makan, makan seperti biasa cuma kurangkan nasi, hasilnya turun sekilo saja. Mana taknya seafood semua aku bantai tanpa had.
Permulaan pengembaraan diet bermula April 2012 bila aku saja suka-suka cuba Cabaran 7 Hari Menu Diet. Tak sangka selepas itu bila timbang aku kehilangan 4kg. Selepas dah turun banyak barulah datang semangat untuk turunkan lebih banyak kilogram lagi. Aku mula kurangkan nasi dalam menu harian dan makan secara terkawal. Selain tu aku amalkan jogging dan skipping. Selepas tu asal timbang je berat mesti turun. Tersangatlah suka sambil buat lompat bintang!
Hasilnya aku loss 12kg in 4 month. Brat terkini 61kg. Ini gambar terkini masa hari raya ketiga. Aiman suruh buat peace tapi ibu belum sedia. Abaikan wajah poyo, fokus pada penurunan berat badan sudah ye. Abaikan juga background.hiks
Nah amik sekeping lagi..huhu Harap dapat kurangkan 4-5kg lagi.
Buat para pendiet, dietlah secara sihat dan jangan lupa untuk bersenam. Jangan mengharapkan hasil yang cepat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jangan cepat berputus asa. Ingat usaha tangga kejayaan. Yang penting jangan sia-siakan nikmat makan. Bila dah tersasar jauh, cepat-cepat cari jalan pulang. Ok ending tak bley blah! Chiaow..
Langgan:
Catatan (Atom)
