Pages

Jumaat, 13 April 2012

Cabaran 7 Hari Menu Diet


Cabaran 7 hari menu diet ni aku ambil dari blog Puanbee. Buat yang berjiwa cekal dan kuat semangat saja boleh ikut menu diet ini. Aku rasa nak cuba juga tapi tak tahu sejauh mana boleh bertahan sebab memang tak berapa nak kuat semangat.hehe..


Jadi aku tempek kat sini supaya senang aku nak refer bila aku sudah bersedia menyahut cabaran. Pada yang sedang cuba menurunkan berat badan, jom tengok apa menu diet berkesan yang boleh kita amalkan. 


Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)
  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
  • Sebelah malam pula makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting, lupakan mentega dan mayones. Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua, tanpa kentang putar )
  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. 
Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup, juga tak ada nasi)
  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Hari Kelima (daging dan tomato, daging ayam atau  ikan, 6 biji tomato dan juga sup, tak ada nasi lagi )
  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih (ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram, selain makan 6 biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Keenam (daging dengan sayur  berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup )
  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh (baru ada nasi tu pun dengan beras perang, jus buah kurang manis dan sayur-sayuran dan juga sup)
  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
Hari kelapan kita boleh terus melantak apa saja macam tak pernah jumpa makanan.haha..Ok jangan ikut. Memang agak azablah kalau nak cuba. Tapi kalau tak cuba tak tahu kan?hiks..


3 ulasan:

nur anis berkata...

ishhhh...tak ada nasi? memang tak boleh lah saya nak buat..huhu

Tanpa Nama berkata...

What light of day isn't today?

nohas berkata...

Salam singgah..ini kena displin diri yg tinggi..diet low carb..