Pages

Isnin, 23 Januari 2012

Apa Itu Kalori?





Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan. Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan. Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan”. Kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi:

Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Lelaki dewasa memerlukan 
 2000-2500 kalori dan wanita dewasa 1600-2000 kalori dalam sehari. Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan. KLIK SINI untuk mengira kalori yang diperlukan sehari dengan lebih detail.
Contoh makanan dan nilai kalori yang selalunya orang dewasa makan sehari :

Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.



Untuk jumlah kalori dalam makanan KLIK SINI

Jika tabiat makan seperti di atas berlarutan selama setahun :


Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).
Untuk bakar kalori, tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan dan bersenamanlah. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan komputer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur. Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang. 


Ini kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam :
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

3 ulasan:

ch000tz berkata...

actually tahu tapi sajer wat tak tahu kan heheheh

Hanie Dew berkata...

huhuh...berkalori kalori aku kumpul setiap hari. hilangnya tak.

Apple berkata...

semakin kita meningkat dewasa, semakin senang berat bdn naik, disebabkan activiti yang mulai menurun. saya di uni dulu, rajin jog, swim, tapi lepas habis uni, kembali stay dgn family. Activiti riadah saya trus xda. lepas 2thn, berat saya naik 14kg. tu pun tau sebab saya derma darah. jadi mulai tu, saya mula skipping n kurang kn makan. minggu pertama saya skip berat saya turun 4kg. tp skip hari2 n 30 min, cuba dpt kn 1000 skip. naik bdn relax je, turun kn.. fuhhhh susah!!!