Pages

Rabu, 13 Jun 2012

Laksa Utara Untuk Diet


Laksa diperbuat daripada beras (nasi), dan dimakan bersama dengan kuah laksa yang diperbuat dari pelbagai rempah ratus, termasuklah bunga kantan, asam keping, daun kesum dan juga isi ikan segar yang dikisar. Rasa kuah laksa yang dibuat sendiri adalah lebih asli, lebih pekat dan sedikit masam. 
Antara jenis-jenis laksa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Laksa Asam, yang mana termasuklah Laksa Utara, Laksa Kuala Perlis, dan sejenis lagi versi laksa yang lebih halus bentuknya dikenali sebagai “Laksa Putu Mayang”. Laksa Putu Mayang ini sukar dijumpai di mana-mana negeri di Malaysia kecuali di utara Kedah dan Perlis. 
Sekarang aku memang tengah craving laksa yang saiznya lebih kecil macam mutu mayang ni tau. Untunglah aku tinggal dekat utara. Dekat kedai runcit memang ada jual. Sumber ikan segar terbaik dari Tanjung Dawai, percuma pula sebab en suami berniaga ikan. Memang selalu masak, sebungkus laksa 3 kali buat.haha..
Pagi tadi aku sarapan semangkuk laksa. Bagi aku, laksa utara adalah antara makanan yang sesuai untuk berdiet. Ini kebaikan laksa yang aku dapat dari Susu Sejat :
  1. Kalori lebih rendah berbanding makanan berkuah yang lain memandangkan kuahnya tidak mengandungi sebarang unsur lemak yang nyata seperti santan mahupun minyak masak.
  2. Tinggi kandungan protein. Selain daripada kuahnya yang tinggi kandungan protein (diperbuat daripada ikan laut segar seperti ikan kembung), ia juga dimakan bersama dengan telur rebus yang juga merupakan sumber protein yang berkualiti.
  3. Seimbang kandungan nutrisi (makronutrien) dari pelbagai sumber. Karbohidrat daripada mee laksa yang diperbuat dari beras/nasi, Protein daripada telur dan kuahnya, manakala sumber lemak adalah daripada lemak omega yang terkandung pada kulit ikan kembung yang dikisar (kuantiti yang sangat kecil, justeru memadai untuk keperluan badan) dan juga dari kuning telurnya.
  4. Kaya serat dan mikronutrien. Sama seperti hidangan nasi harian, ia juga mengandungi pelbagai jenis sayuran yang berfungsi sebagai sumber vitamin, mineral, serat dan alkaline. Ini termasuklah timun, salad/lettuce hiris, cili merah, bawang, daum kesum, bunga kantan, dan perahan limau nipis.
  5. Seimbang kandungan asid-alkaline kerana mengandungi bahan-bahan di atas.
  6. Tinggi sumber Kalsium. Isi ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa dikisar bersama-sama dengan tulang-tulangnya, dan seperti yang kita tahu, tulang mengandungi Kalsium.
  7. Daun kesum yang digunakan dipercayai mampu merawat bengkak, jerawat, dan kembung perut. 
  8. Asam keping (asam gelugor) yang digunakan dalam kuah laksa juga bukan sahaja mengandungi anti-oksidan, sebaliknya ia juga membantu dalam menukarkan lemak badan kepada tenaga apabila kalori defisit tercipta.


2 ulasan:

Tengku Puteri berkata...

akak! sy pun tgh berdiet akak...sy ikut diet atkins...so kalau tringin nk mkn laksa sgt...sy buat kuah laksa je...dah sebulan lebih sy diet...spnjng praktikal berat sy naik mendadak...so bla sy try diet atkins berat sy dari 74 kg dah turun kepada 61 kg skang..ramai yang tgok sy sangka berat sy 55 kg je...heeee...

Raptor berkata...

Tul2...tpi x boleh amalkan laksa selalu...walaupun kurang kalori...protein die tetap tinggi....protein susah dihadam...tpi kalau nk sarapan dengan laksa...mungkin ideal...sebab orang yang bersarapan dengan sumber protein tinggi akan lebih kenyang untuk masa lama