Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup, juga tak ada nasi)
- Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
- Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
- Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
- Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Diet Kutu : Day 4
Hari ini off, jadi sibuk mengemas, mengemop dan masak sampai terlupa nak makan pagi, minum air masak je. Pisang pula tak ada. Susu tak sanggup nak minum sebab aku dah makan secara berlebihan. Hari yang sukar bukan kerana apa, petangnya outing ke Pantai Merdeka dengan en suami dan Aiman. Mula-mula niat hati tak nak makan, tapi dah sampai kedai makan takkan nak tengok saja plak. Hari yang paling derhaka, dah la semua bergoreng. Aduh, day 4 memang paling fail!
1100 am : Secawan oat (air, oat dan sedikit gula)
1200 pm : Sedikit bayam goreng, seekor ikan kembung goreng dan sebiji bergedil kecil.
0500 pm : 1 kuih cakoi, 1/2 biji donut, 1 ketul karipap dan sedikit koteaw goreng.
0700 pm : 1 ketul karipap dan 1/2 biji donut (lebihan makan dekat kedai)
0500 pm : 1 kuih cakoi, 1/2 biji donut, 1 ketul karipap dan sedikit koteaw goreng.
0700 pm : 1 ketul karipap dan 1/2 biji donut (lebihan makan dekat kedai)
*Jiran depan rumah ni bagi bergedil plak. Nasib baik dia buat kecil molek je. Makan juga satu sebab en suami dan Aiman dok goda kata sedap. Dekat kedai makan, Aiman makan tak habiskan koteaw goreng dia, terpaksa gak aku habiskan. Kalau tak membazir.haha..Kuih kat gerai tu sedap plak sampai aku fail menahan nafsu. Kalau dok rumah mesti nafsu terkawal. Semoga esok dapat mengikuti cabaran menu dengan betul.hiks..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan