Isnin, 30 April 2012

Tembikai Untuk Diet


Tembikai, buah yang berasal dari Afrika Selatan kini ditanam hampir di ke semua negara beriklim tropika atau sederhana. Terdapat lima jenis tembikai iaitu Yellow Watermelon, Orangeglo, Moon and Stars, Cream of Saskatchewan dan Melitopolski. Kelima-lima jenis ini berbeza warna dan saiz.

Tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi menjadikan buah tersebut segar terutamanya pada musim panas. Kadar kalori dalam tembikai adalah rendah. Tembikai salah satu buah yang menyihatkan dan hidangan sempurna untuk sesiapa saja yang ingin menurunkan berat badan.
100 mg tembikai mengandungi antara lain:
Kalsium – 7 mg
Karbohidrat – 7.55 gm
Lemak – 0.15 gm
Fluorida – 1.5 mcg
Besi – 0.24 mg
Magnesium – 10 mg
Fosforus – 11 mg
Potasium – 112 mg
Protein – 0.61 gm
Sodium – 1 mg
Gula – 6.20 gm
Tembikai yang kaya dengan potasium membantu menyimpan garam daripada meningkatkan tekanan darah selain mengurangkan risiko mendapat batu karang. Ada kajian menunjukkan tembikai boleh menguatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh memerangi jangkitan selain kaya dengan sumber karotenoid yang mempunyai bahan pencegah kanser. Amalan makan tembikai juga dikatakan mampu meredakan simptom-simptom osteoartritis and rheumatoid artritis. 
Selain itu, buah yang kaya dengan anti oksida penting itu juga membantu tubuh meneutralkan radikal-radikal bebas yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon. Kandungan anti oksida dalam tembikai juga mengurangkan risiko serangan jantung. Beta karotena dalam tembikai membantu menjadikan penglihatan lebih jelas terutama pada waktu malam.







Tiada ulasan: