Kebaikan Bermain Skipping



Bila dah lama berhenti jogging akibat kesibukan jadual kerja pagi, en suami jadi malas nak teman aku. Bila tak ada geng, aku jadi tak best nak jogging sorang-sorang. Kena kuatkan semangat kalau nak pergi jogging secara solo rasanya. So bila tak berjalan laju dan jogging, aku ambil inisiatif untuk skipping saja dekat rumah. Senaman yang mudah, tak perlu keluarkan kos dan wajib menitikkan air peluh. hiks..


Tahukah korang lompat 10 minit sama dengan berjalan selama 8 minit? Melompat selama 1 jam pula boleh membakar 1000 kalori. So nak share kebaikan bermain skipping :


  • Membina  kemahiran kecergasan & memperbaiki kelincahan, koordinasi, ritma, keseimbangan & kekuatan stamina
  • Meningkatkan tahap kesihatan jantung
  • Mempercepatkan kadar denyutan jantung dan dapat tingkatkan metablisme
  • Membakar lemak & kolesterol
  • Membina otot dan stamina
  • Mengawal tekanan darah & mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Untuk mengatur pernapasan
  • Menurunkan berat badan dengan cepat
  • Melatih otot kaki, dada, tangan dan bahu.




 

1 ulasan:

nur anis berkata...

saya semangat je beli tali skipping..konon nak exercise..baru 10 kali lompat, dah mengah..hehe