Pages

Jumaat, 25 Oktober 2019

Yess Angka 5 (14 kg loss)



Lama tak update kan. Masih diet even kadang kadang kelaut tapi masih tak lupa kawal pemakanan dan terus bersenam. Semoga dapat jadikan lifestyle sepanjang hayat.

Cerita pasal angka 5 ni haritu dah dapat berat 59kg pastu seminggu marathon makan sedap naik balik 2kg. Pagi tadi timbang dapat semula 59kg. 4kg to go, target sebelum awal tahun 2020, Insyaallah doakan. Marilah tempek kejayaan meruncingkan muka doremon hahaha

Alhamdulillah from 73 kg to 59kg, 14 kg loss. 

Terjumpa pic last year. Masa ni dok rasa aku tak la gemuk sangat sebab tinggi kan.. Padahal dah overweight. Pic kanan 61kg

4 kg to go yang sikit-sikit ni la cabaran nak turunkan. Tapi takpa la buat pelan-pelan janji amalkan pemakanan seimbang,  diet secara sihat, bersenam tingkatkan stamina.

Bercakap pasal stamina pun aku dah boleh bangga dengan diri sendiri. Mula dulu boleh jalan laju 5 round saja, pastu up 10 round pastu non stop 1 round jogging. Latest dah boleh non stop 2 round jogging. Skipping dulu mula dengan 50 non stop, 500 kali, now dah boleh non stop 300, 2 k lompatan. Semua ni bukan boleh dapat sekelip mata, aku konsisten buat selama 6 bulan ya.

Buat yang masih berjuang, jangan mudah mengalah. Kalau diet tak jadi bermakna mesti ada silap dimana-mana. Cari ilmu dulu baru buat sampai jadi. Takda jalan singkat untuk slim dan fit. Usaha, disiplin, banyak sabar dan never give up.. No pain no gain.




Sabtu, 3 Ogos 2019

April to August 10 kg Lost



Ok poyo la sangat kan 2kg turun pun nak update. Tapi haruslah poyo 10kg tu banyak jugak kan, aku pun macam tak percaya aku dah turun sebanyak ni. Patut la sekarang rasa semakin muda. Nak snap full body takda orang nak tolong snapkan. Pulun la jugak cari picture selfie masa tembam dan gambar selfie sekarang.Hahaha

From 73kg to 63kg

First target 64kg dah lepas. After that target 60 kg. Now next target 58kg before end year. Mau gak angka 5 kat depan. Rasa last masa mula masuk uitm ja berat below 60. Masa dekat uitm tiba-tiba berat dah cecah 60kg.hahaha. 

Pastu nak maintain ja, kalau turun lagi Alhamdulillah, makanan memang agak susah nak tolak sebab suka makan, cuma dapat kawal dan buat pilihan makan yang lebih sihat. Harapnya seiring pengurangan berat,  aku lebih rajin bersenam tingkatkan stamina. 

Nak turunkan berat tak susah, bila kita dah keep in track tengok makanan pun dah tak nafsu sangat.  Cabaran nak kekalkan berat,  teruskan hingga capai target tu yang susah sebenarnya. Sampai satu masa berat akan jadi susah nak turun disebabkan kalori kita perlu pun dah turun, senaman yang sama dah jadi biasa pada badan. 

Tapi jangan cepat mengalah, slowly but surely. Kita naik berat pun makan masa bertahun,  takkan nak aspect turun dalam masa singkat. Asalkan kita terus amalkan gaya hidup sihat, tidur cukup, minum air ikut keperluan badan,  makan makanan berkhasiat dan bersenam itu dah bagus. Kesihatan paling utama,  cantik tu bonus. 

Dear myself and all diet warriors, teruskan berjuang hingga capai target dan terus amalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat. 







Selasa, 9 Julai 2019

Menu Diet



Syawal dah habis baru keep in track semula. Sebulan Syawal takda penurunan berat badan. Lepas raya naik 2kg pastu pulun turunkan 2kg..dah tu nak hujung Syawal naik balik 2kg.. Ni dh turun balik 2kg. So total lost still 8kg ya. Dah rugi sebulan di situ tapi takpa la, nama pun raya kan.hahaha..

Haritu aku kata nak share menu diet aku. Nasi aku ambil nasi putih 2 senduk, 167 kalori. Portion nasi ikut besar penumbuk kita, bergantung pada setiap individu, janji kawal kalori sudah. Yang nak tukar beras perang ke,  boiled rice ka, sweet potato ke apa mak nenek ikut suka la janji karbo. Aku tak kuasa nak keluar modal beli beras mahal-mahal tu.

Tak payah nak ikut orang pastu jangan sempit pemikiran sangat nak kurus nak sihat kena keluar banyak modal. Produk tu semua mengarut, tapi kalau mampu dan tak membahayakan kesihatan takda salahnya. Benda boleh free buat apa nak keluar duit. Duit tu pi beli real food makanan sihat lagi bagus. huhu

Lunch biasanya aku memang buat suku-suku separuh, kurang minyak kurang lemak kurang kuah. Ulam dan sayur makan la sebanyak mana lalu sebab sangat rendah kalori. Sayur bergoreng kadang-kadang je kalau masak ke family aku belasah ja tak kuasa nak masak lain. Kira aku tak pantang sangat makan je nasi arab nasi ayam pun asalkan kawal portion dan kawal kalori.

Fav aku ulam ulaman, bendi rebus, brokoli dan terung bakar. Yummy. Sosej tu teringin.hehe

Menu telur fav sangat sebab rendah kalori plus murah hahaha

Buah anytime aku makan. Untuk snacking waktu breakfast lunch time semua bedal. Oat buah tu dua kali tu ja la buat pastu semak tengok oat aku masukkan dalam cekodok anak-anak, kadang buat lempeng..haha

Popia sayur bakar, lempeng labu plus oat tu kalau ada lebihan bahan kat rumah guna apa ada ntuk menu diet. Breakfast aku yang nampak macam diet pun aku makan roti whole meal dengan telur rebus. Selalunya bedal ja bihun goreng, telur roti, nasi goreng, nasi lemak sekali sekala,  tak macam diet pun kan hahaha

Dinner selalunya mee bihun Maggi Koteaw berkuah or goreng. Letak sayur banyak2 plus kawal la kalori ok

Air manis memang aku tak ambil langsung. Kalau teringin sedut-sedut la sikit-sikit tapi boleh kira berapa kali ja. Fast food, jajan,  kek,  biskut, kuih muih and so on makanan kurang sihat formulanya sama seperti air manis. Kalau tak makan langsung memang tipu la. Bila pandai cheat,  pandai la work out bakar semula kalori.

Aku memang tak amalkan eat clean, benda yang sebelum aku diet dan selepas diet aku makan sama je cuma kawal portion. Enjoy je makan sedap tapi berat turun. Jangan terikut-ikut cara diet orang. Tak perlu pun tukar semua yang kita suka makan kepada menu yang kita tak mampu telan.

Diet tak makan nasi, diet makan telur, diet makan buah saja, lama mana kita mampu bertahan. Please la makan seimbang, kurangkan makanan tak sihat, kawal gula, garam dan minyak pastu bersenam untuk kesihatan sepanjang hayat. Doakan aku istiqomah.



Ahad, 2 Jun 2019

Update 2 Bulan Diet (1 Apr to 1 Jun) 8 kg lost



Alhamdulillah aku dah dapat berat ideal. Tak ada jalan singkat untuk turunkan berat, seterusnya jaga kesihatan. Kena pegang tiga benda : Jaga makan + workout + no produk sampah.

Kalau rasa tak boleh buat sorang-sorang cari kawan atau team yang sama-sama ada azam untuk kurus dan sihat. Kalau mampu boleh join mana-mana online coaching asalkan diet secara sihat dan bersenam bukan percaya produk yang punca berat kita turun. 


From 73 kg to 65 kg. Sapa kata gemuk awesome tak tau la. Aku tengok picture aku buruk gila. Ni pun dah lama kot tak bergambar full sebab takut tengok diri sendiri hahaha

So far rekod aku paling berat 74kg pastu diet turun sampai 61kg pastu mengandung anak kedua just nice berat sampai la bersambung pregnant anak ketiga berat terus susah nak turun. Dia naik sikit-sikit tapi aku dok maintain tak mau bagi angka 7 ja kat depan. 

Pastu lama juga stuck kat angka tujuh bagi alasan anak menyusu lapaq sedia. Lepas anak dah besar dah wean off hang takda alasan lagi untuk overweight. Hahaha

Target lagi 5 to 7 kg pastu nak maintain ja tak mau dah keding sangat pun tak awesome.huhu..







Selasa, 7 Mei 2019

Tips Diet (5 Week 5 kg Loss)



Haritu aku buat IF sebulan turun 2kg pastu naik balik 2kg. Aku andaikan IF memang tak sesuai dengan aku yang kuat makan. haha.. Apa jenis diet pun, kalori kita makan kena kurang dari kalori perlu, comfirm berat akan turun. Nak diet kena ada ilmu,  pastikan kita kenali keperluan kita, enjoy dan jangan berlapar.

1 April aku mula diet, kali ni tekad tak makan nasi selama 2 minggu, aku makan sayur, buah dan ratah lauk. Sumber karbo aku ambil dari bihun, mee, koteaw, roti. Sebenarnya nasi tak salah, nilai kalori sama je dengan roti mee, tapi sebab aku susah nak kawal portion nasi,  aku skip buat sementara waktu.

Lepas 2 minggu aku makan nasi 2 senduk sahaja, kuah tak banjir, lebihkan sayur dan buah. Diet aku takdalah extreme sangat, aku makan je semua, cuma kawal kalori. kadang dah masak kat anak aku belasah ja cekodok, roti puri, roti canai tapi berpada kawal kalori. Aku memang tak makan lauk luar, semua masak sendiri. Kalau aku makan macam lupa diri sikit, aku cover dengan puasa sunat Isnin Khamis, jogging, zumba dan skipping.

Alhamdulillah dah loss 5 kg. Tak nampak perubahan sangat, aku still nampak aku gemuk juga, tapi lemak kat perut memang dah banyak kurang.  Jubah hitam ni sebelum berat turun berapa kali aku pakai buang semula ketat kat perut. Sekarang dah loose selesa.


Kalau orang tanya aku macam mana nak mulakan diet, 1st thing say no to air manis, jajan dan processed foods. Pastu kawal portion, kurangkan makanan berminyak, less sugar less salt, belajar la tentang kalori, fat, protein, karbohidrat. 

Diet untuk cara hidup sihat sepanjang hayat bukan semata nak cantik. Target aku nak turun lagi 4kg sebelum raya. Doakan tau. Nanti kalau rajin aku share menu diet aku. Sebenarnya menu diet ni tak penting sangat pun, kita boleh je makan apa yang kita mau asalkan seimbang dan berkhasiat. Selagi kawal kalori mesti berat akan turun. 









Selasa, 18 Disember 2018

Apa Itu Intermittent Fasting?



Intermittent Fasting (IF) adalah trend diet yang semakin popular sekarang. Sebenarnya ia adalah trend kesihatan yang dah lama popular dinegara barat. Di negara kita ni je bila dah viral, yang amal IF ni artis pula, makin ramai la cuba. Tapi bagi aku kalau trend yang bagus, yang memberi kesedaran betapa pentingnya kesihatan tubuh badan, apa salahnya jadi ikutan.

IF merupakan corak pemakanan yang berkitar antara tempoh puasa dan makan. Ia menekankan bila kita boleh makan,  bukannya apa yang boleh dan tak boleh kita makan. Lebih tepat lagi digambarkan IF sebagai pola pemakanan.

Daripada apa yang aku baca, banyak kajian menujukkan IF memberi kesan positif keatas badan dan otak, meningkatkan kesihatan, yang paling best membuatkan kita awet muda sekaligus mungkin juga membantu memanjangkan umur.

Kalau di lihat pada sejarah, manusia sejak dulu kala sebenarnya dah pun mengamalkan IF. Di zaman dahulu dimana tiada tersedia makanan sepanjang masa, tiada peti ais, tiada pasaraya, badan harus berfungsi  menyesuaikan diri walau tiada makanan dalam tempoh yang lama.

Berpuasa dari semasa ke semasa sebenarnya adalah lebih semulajadi daripada sentiasa makan 3 hingga 4 jam sekali.  Dalam Islam sendiri kita digalakkan berpuasa sunat, yang mana kita tahu sangat bagus untuk kesihatan.

Yang paling baik sekali untuk diet bagi orang Islam adalah berpuasa, tapi kalau tak kuat semangat boleh amalkan IF. Waktu puasa IF kita boleh minum air kosong, ambil minuman tanpa kalori seperti teh atau kopi tanpa gula.  So far aku boleh telan air detox je la.

Kalau tak diet pun air detox ni aku memang sedia dok buat

Prinsip IF adalah membahagikan hari atau minggu kepada tempoh makan dan tempoh puasa,  dimana dalam tempoh puasa kita makan sedikit atau tidak boleh makan langsung. Kaedah IF yang polular adalah :

16 / 8 ( protokol leangains) : Yang paling popular dan ramai amalkan. Tidak boleh makan sarapan dan puasa dalam tempoh 8 jam. Contohnya waktu terakhir kita makan adalah jam 8 malam, so kita kena puasa 16 jam sehingga 12 tengahari. Waktu makan adalah dari pukul 12 tengahari hingga 8 malam. Tak semestinya ikut jam yang aku nyatakan, boleh adjust masa ikut kesesuaian individu.

Eat-Stop-Eat : Puasa 24 jam sekali atau dua kali seminggu. Contohnya puasa dengan tak makan malam pada hari pertama hingga hari seterusnya.

5 : 2 Diet : Hanya makan 500 hingga 600 kalori pada dua hari bukan berturut dalam seminggu, kemudian makan seperti biasa pada hari lain.

Semua kaedah ni mampu menurunkan berat badan sekiranya makan tidak berlebihan dalam tempoh makan. Ikut teori pun, kurang kalori kita makan maka berat akan turun.

Kalau ikut logik cara pemakanan orang Malaysia, makanan sarapan semua kaya kalori. Buat IF ni dah tak payah fikir nak sarapan apa, nasi lemak dan roti canai yang tinggi kalori tu pun boleh tinggalkan terus. Sepanjang IF aku memang tak ambil langsung air manis. Fast food memang elak, tapi sekali sekala cheat day makan KFC ok kot. Diet jangan sampai hilang nikmat makan.hahaha..

Permulaan IF memang kita akan makan banyak dalam tempoh makan. Ye la 16 jam kot tak jumpa makanan mesti lapar. Believe me dari sehari ke sehari nafsu makan tu semakin kurang, perut kita pun dah terbiasa tahan lapar ketika puasa. Lama-lama tengok makanan pun dah tak nafsu, sekadar makan untuk hilangkan lapar sahaja.

Sebenarnya kalau buat IF 16/8, kita hanya puasa beberapa jam sahaja ditolak waktu tidur, sangat enjoy tak membebankan. Nak kawal portion dan makan makanan yang sihat tu je perlu disiplin. Insyaallah slowly but surely. hehe.




Ahad, 16 Disember 2018

Intermittent Fasting



Last update May 2015..konon nak diet pastu terpregnant ke Aryan sado.. Terkubur terus hasrat nak slim.. pastu dari sehari ke sehari membina badan, hanyut dengan makanan yang melimpah sedap, berat badan makin hari makin naik gerun, marilah kita lakukan sesuatu.hahaha

Intermittent Fasting (IF) sekarang kan tengah trending, aku baru juga tahu pasal IF ni dalam awal tahun kawan sekolah dok buat..tapi aku tak ambik port sangat la.. pastu kecoh Lisa Surihani slim sebab buat IF.. Kebetulan aku pun dok nak diet tak menjadi saja.. Ketaq lutut kalau tak makan or makan sikit..sungguh diet 2 3 hari ja pastu fail. Tak boleh nak mula buat macam dulu.. Nak puasa Isnin Khamis pun dah tak berapa kuat. Walaupan azam tinggi tapi diet tu hangat-hangat taik ayam orang kata.hehe

Aryan pun dah wean off susu badan.. Aku rasa inilah waktu terbaik untuk aku dapatkan semula berat ideal. Dulu boleh bagi alasan breasfeeding selalu lapar.. Makan banyak sebab menyusu..sekarang totally sebab nafsu.. untuk sihat dan cantik marilah cuba untuk berubah.

Aku pun mula cari maklumat tentang IF.. tengok video apa kata doktor tentang IF.. Cari ilmu sebelum mula. Lain entry nanti aku tulis apa itu IF..kesan IF kepada sel dan horman badan and so on. Aku rasa IF macam sesuai untuk aku.. Enjoy tak membebankan.. Tak payah nak fikir apa menu yang boleh dan tak boleh makan. Takat air manis tu memang aku boleh ja nyah terus tanpa keraguan.

Aku cuba buat 16/8 (16 jam puasa 8 jam waktu makan) selama seminggu. 4 hari pertama tu waktu makan memang makan serupa naga,  belasah cukup-cukup lapaq teruk katakan. haha.. Pastu bila puasa hari seterusnya  rasa ok.. Nafsu makan dah makin kurang, yang mana sangat baik untuk permulaan aku menurunkan berat badan. Masalah aku ni nak mula tu cukup payah, dah mula Insyaallah boleh keep in track sampai capai target. Harap kali ni aku istiqomah.keke..

Last aku timbang berat memang dah jejak 70 kg something. Aku pun memang rasa badan dah naik sangat especially tang perut, mula tak selesa cepat penat. Selalu kalau berat jejak angka 7 ja aku memang gelabah la..  So untuk senang nak pantau berat badan sales Lazada 12.12 haritu aku grab weight scale baru, yang lama dah rosak.

Cik Pinky berbaloi RM 15 plus je.. Harap bertahan lama


Dalam sejarah hidup aku... kalau tak pregnant, dengan ketinggian 162.. berat aku paling tinggi adalah 74kg. Dah jejak angka 7 memang aku patut insaf la.. Kalau dah makin naik nanti makin susah nak turun. Nak buat kerja nak beribadat pun jadi baloq.. Paling penting untuk kesihatan, makin hari makan berumur kena la jaga.

Orang kata aku tak la gemuk sangat tapi hakikatnya aku bukan nak kurus sangat pun.. Aku nak berat ideal.. Inchloss baru selesa dan confident nak pakai baju apa pun.

Semalam 15 hb 12 aku timbang berat aku 73 kg (gila gemuk. haha) so permulaan diet officially dikira dari semalam.. mari tolong doakan aku boleh lost at least 10kg. Hehe.. Amin..








Jumaat, 22 Mei 2015

Diet Oh Diet



Dua bulan dah entry yang sebelum ni aku kata nak diet. Tapi semangat memasak dan makan lagi tinggi dari semangat juang diet.haha. En suami pun perli kata dah berpuluh kali dah dengar nak diet tapi hampeh.huhu..Rasanya apa yang aku teringin makan dan masak dah buat semua. Kena kurangkan aktiviti masak la kalau nak diet. Afia pun dah dua tahun, aku dah mula beri susu tepung, so waktu yang tepat untuk aku kembali ke jalan yang benar.haha..

Semangat ni nak nampak cantik 8hb6 ni ada majlis. Adoi tak menahan lagi dua minggu kau rasa boleh turun berapa kg?hehe. Nanti aku update diari diet setiap hari. Insyaallah semoga istiqomah. At least kembali kurus raya nanti kan. Baru semangat nak bergaya dihari raya. Turn aku raya oii tahun ni. Syoknya..tak sabar nak bertemu ramadhan.

Dah jom kita senam!hehe







Ahad, 8 Mac 2015

Gemuk! Mari Diet Semula!



Lately aku memang ada masalah semangat memasak. Ada je idea nak mengasah skill kulinari pastu dok sawan update dekat Instagram. Bila masak tu mulalah makan tanpa control. Sebelum ni bila berat asyik naik risau juga, diet la kejap, siap buat puasa sunat isnin khamis pastu sambung makan lagi. Susah dah berat nak turun, tapi maintain jugaklah tak naik. Nak senam guna skipping pun berat sungguh tahap malas. Nak jogging dah payah ada cik pia.

Lama tak jenguk penimbang, hampir dua minggu jugalah sejak period memang tak teruskan puasa sunat sampai sekarang. Lagi-lagi musim panas seriau aku nak puasa sebab aku masih breastfeed Afia. Tadi pagi naik timbang terkejut beruk berat sikit lagi nak sama dah macam berat asal dulu. Patutlah rasa badan makin berat. Tapi kata en suami muka tak nampak naik pun! Dulu muka aku tembam. Ohh tang muka je..Badan dah macam tong.haha..

So mari kita diet semula! Kali ni kena lebih bersemangat. Target nak turunkan berat at least 5kg. Kalau boleh 8kg. Chaiyok! Blog diet yang dah lama terabai ni mari kita ceriakan semula. Semoga aku tak hangat -hangat tahi ayam.hehe..




Khamis, 7 Februari 2013

Tuan Tanah Cuti Diet


Dah lama tak update, tuan tanah terpaksa memberhentikan diet buat seketika. Lepas dah loss banyak kg, aku disahkan mengandung. Alhamdulillah rezeki.. Ada hikmah aku turunkan berat badan sebelum pregnant. Now dah 7months.

Nanti dah bersalin nak menyusu pula. Entah dapat teruskan diet ke tidak. Ada baby nanti tak menang tangan la pulak. Kesian ini blog tak berupdate. Jangan merajuk ada masa aku jenguk hang!hiks..






Rabu, 12 September 2012

Rahsia Ustazah Siti Nor Bahyah Kurus


Tadi terbaca dekat fanpage Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bagaimana caranya beliau boleh kurus. Memang agak tekun la sebab 3bulan beliau tak makan nasik. Aku tak makan nasik lebih kurang tiga minggu je kot.hiks..Apa pun tips ni boleh dijadikan panduan buat korang yang ingin menurunkan berat badan.

Berikut adalah rahsia usatazah :

 1.Doa tanpa jemu.Hari2 doa dan ustazah berkesempatan berdoa di depan kaabah.Alhamdulillah..biar pun menunggu lama,akhirnya Allah kabulkan.
2.Ustazah minum kopi senyum.Ramuan makanan sunnah dlm kopi senyum sangat bagus untuk kesihatan dan rahsia awet muda.Ramai yang dah cuba.Insyaallah jika digandingkan dengan kurangkan makan nasi @ tak makan nasi untuk sementara waktu,ganti dengan protein seperti ayam, ikan, banyakkan makan sayur, insyaallah boleh turun 4-6kg. Nak cuba kopi senyum,sila call agennya di 0134712984 @ 0163267882.Kalau nak turun lebih lagi,ikut langkah seterusnya.
3.Usatzah dapatkan menu diet dan nasihat serta pemeriksaan kesihatan dari Dr Lina di Timeless Clinic, Kelana Jaya 0378808486.Alhamdulillah lagi bertambah turun. Nak slim, kenalah jumpa Dr dan ikut nasihat Dr.
4.Usatzah tak mkn nasi 3bulan. Selepas tu, oklah, dah boleh makan nasi tapi still kurangkan. Maklumlah umur dah meningkat, kesihatan sangat berharga untuk dijaga.
5.Usatzah tak ambil gula. Sekarang bila dah slim, ustazah masih kawal pengambilan gula dan hari-hari minum kopi senyum untuk maintain.
5.Banyak mkn sayur, buah, protein dan no karbohidrat atas nasihat Dr ketika tempoh diet.
6. Exercise. Setiap hari walaupun sekejap je.

Inilah diet sihat.Alhamdulillah dengan gandingan semua ini, ustazah dah turun 16kg. Niat mesti betul. Slim sihat untuk mudah ibadat, mudah bekerja mencari rezeki, jauh dari penyakit merbahaya...Amin.Gambar bersama Dr Mahathir Mohamed & Dr Lina.Alhamdulillah dengan program Dr , ramai yang berjaya menurunkan berat badan secara sihat.

 
 
 
 

Selasa, 4 September 2012

BMR dan DCR Terkini


BMR (Basal Metabolic Rate), iaitu jumlah kalori asas yang kita perlukan agar kemandirian tubuh kita berterusan (bernafas, degup jantung, proses biokimia badan). Manakala DCR (Daily Calorie Requirement) adalah purata kalori sehari yang kita perlukan.

Mengira nilai BMR yang paling hampir berdasarkan faktor-faktor metabolik (umur, jantina, berat dan ketinggian) merupakan tugas yang dilakukan oleh ahli sains sejak seabad yang lalu. Pada asalnya, ‘Rumus Harris-Benedict‘ yang telah dikenalkan pada tahun 1919 telah dijadikan rumus piawai dan digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam menentukan nilai BMR sesuatu organisma berdarah seperti manusia. Ia terus diguna pakai sehinggalah pada tahun 1990, apabila Mark D Mifflin dan rakan-rakan telah menemukan sebuah lagi formula yang lebih tepat – Rumus ini diberi nama ‘Rumus Mifflin‘.

Formula Harris-Benedict

Lelaki: BMR = 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM) – (6.8 x UMUR)
Wanita: BMR = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM) – (4.7 x UMUR)

Kemudian, apabila nilai BMR sudah diperolehi, untuk mengira DCR, nilai tersebut hendaklah didarab dengan ‘faktor aktiviti’ seperti berikut:

Sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2
Lightly active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
Very active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
Extra active (sports twice a day) = BMR x 1.9


Sebagai contoh, aku berumur 28 tahun, berketinggian 162 cm, dan mempunyai berat 61 kg. Aku bersenam 2-3 kali seminggu, maka:

BMR aku = 655 + 523 + 302 – 141
= 1339 kcal/day


DCR aku = 1339 x 1.55
= 2075 kcal/day



Rumus Mifflin

Untuk lelaki: (10 x b) + (6.25 x t) – (5 x u) + 5
Untuk wanita: (10 x b) + (6.25 x t) – (5 x u) – 161


di mana

b = berat dalam kg
t = tinggi dalam cm
u = umur


BMR aku :

= 610 + 1012.5 - 140 - 161
= 1321.5 kcal/day


Kedua-duanya merupakan formula yang bagus dalam memberikan anggaran nilai BMR yang hampir tepat. Namun, terdapat ramai pihak bersetuju bahawa Rumus Mifflin adalah lebih tepat berbanding Rumus Harris-Benedict.


Ahad, 2 September 2012

Sejarah : Gambar Dulu dan Sekarang


Sebenarnya niat untuk mulakan diet sudah meraja dalam hati lama dulu. Tapi bagai dikata, semangat tak pernah kuat. Aku sering kecundang ibarat kata pepatah hangat-hangat tahi ayam. Pernah sekali makan ubat kurus, berat turun sampai 63kg, tapi bertahan sekejap saja.hihi

Berat aku paling tinggi pernah mencecah sehingga 74kg. Kalau ikutkan famili aku bukan lahir dari genetik yang berbadan besar. Berat dulu paling tinggi 64kg saja. Tu pun masa dah mengandungkan Aiman. Tembam gak la, tapi dengan ketinggian 162cm, BMI aku masih pada tahap normal. Faktor utama kenaikan berat badan rasanya adalah sebab ubat perancang keluarga. Selepas melahirkan Aiman, aku ambil ubat perancang dan hasilnya setiap bulan berat akan naik sekilo. Pernah sekali masa balik kampung, berat naik 4kg sebulan. Selepas aku ambil inisiatif tukar ubat, berat aku naik turun sekitar 67-70kg. Statik disitu susah nak turun dah.

Setahun yang lalu, bila dapat pindah utara, aku dah stop makan ubat. Fasa  4tahun berlalu baru aku sedar yang aku memang sangat tembam. Tak percaya tengok gambar ni. Gambar dua tahun lepas, masa ni berat aku sekitar 70kg rasanya. Gambar sebelum diet tak ada pulak, baru aku sedar sejak dah membesar bagaikan juara, aku dah jarang bergambar secara solo. Tapi setahun yang lepas pun badan aku lebih kurang saling tak tumpah macam ni la.


  

Bila stop makan ubat dan pindah SP, setiap hari aku makan seafood tanpa sekatan. Benda free segar dari Tanjung Dawai,tiap-tiap hari en suami bawak balik sotong,udang dan ketam. Memang melantak tak ingat dunia sehingga berat badan mencecah 73kg. Masa ni aku dah naik risau. Aku mula kontrol makan, makan seperti biasa cuma kurangkan nasi, hasilnya turun sekilo saja. Mana taknya seafood semua aku bantai tanpa had.

Permulaan pengembaraan diet bermula April 2012 bila aku saja suka-suka cuba Cabaran 7 Hari Menu Diet. Tak sangka selepas itu bila timbang aku kehilangan 4kg. Selepas dah turun banyak barulah datang semangat untuk turunkan lebih banyak kilogram lagi. Aku mula kurangkan nasi dalam menu harian dan makan secara terkawal. Selain tu aku amalkan jogging dan skipping. Selepas tu asal timbang je berat mesti turun. Tersangatlah suka sambil buat lompat bintang!

Hasilnya aku loss 12kg in 4 month. Brat terkini 61kg. Ini gambar terkini masa hari raya ketiga. Aiman suruh buat peace tapi ibu belum sedia. Abaikan wajah poyo, fokus pada penurunan berat badan sudah ye.  Abaikan juga background.hiks



Nah amik sekeping lagi..huhu Harap dapat kurangkan 4-5kg lagi.


Buat para pendiet, dietlah secara sihat dan jangan lupa untuk bersenam. Jangan mengharapkan hasil yang cepat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jangan cepat berputus asa. Ingat usaha tangga kejayaan. Yang penting jangan sia-siakan nikmat makan. Bila dah tersasar jauh, cepat-cepat cari jalan pulang. Ok ending tak bley blah! Chiaow..



Sabtu, 1 September 2012

Diet Selepas Raya

Selamat Hari Raya kepada semua pendiet!

Amacam raya? Bulan yang paling menakutkan para pendiet yang mahu langsing tiba juga. Syawal adalah bulan kemenangan buat umat Islam. Mesti ramai yang makan tak ingat. Kalau makan berpada pun, bila disajikan dengan aneka juadah pasti ada yang mahu merasa semua, sudahnya jadi tidak berpada lagi.Kan?

Pada aku tidak ada salahnya kalau kita korbankan diet dan menghargai raya selama syawal selagi tidak tersesat jauh. Raya ni aku menikmati makanan seadanya. Kuih raya paling susah nak kawal. Asal beraya rumah orang semua kuih nampak sedap gila. Nasik pun aku bantai hari-hari. Lemak semakin memonopoli perut, gerun rasanya dan mahu insaf sekarang!haha..

Hari ini sudah tiba masanya aku pulang kepangkal jalan semula. Aku dah start buat puasa enam. Hari ini hari kedua, Alhamdulillah. Kalau perlu aku mahu buat cabaran 7hari sekali lagi. Harapan aku untuk berat badan ideal terlaksa semakin membuak dengan semangat. Doakan semoga berjaya!


Sabtu, 4 Ogos 2012

03.08.2012 - Lost another 2kg!

Yeay! sebab bulan puasa agaknya, berat badan turun lagi walaupun tak berapa jaga makan, bersenam memang tak arr bulan ramadhan nie. Lepas makan terus malas, Nak taip sekarang ni pun malas.haha. 


Untuk rekod, setakat ni aku dah turun sebanyak 12kg. Sebelum raya nak turunkan 4kg lagi untuk berat badan ideal memang tak mampu rasanya. Ada lebih kurang dua minggu saja lagi. Raya ni kompem makan banyak, gerun je berat akan naik, Uwaa..Takpe lepas raya diet dan bersenam semula ok!









Sabtu, 30 Jun 2012

29.06.2012 - Loss 3kg



Tempohari waktu balik kampung Penang ramai yang tegur perubahan aku. Ramai pula yang puji aku nampak kurus sampai naik kembang kempis salur pernafasan ke hidung.kahkah..Bila dah termakan puji mulalah merasa bangga dan lupa diri, asyik cheat saja sampai nak timbang pun naik gabra.haha


Namun semalam tak sangka boleh turun lagi 3kg. Aku rasa macam lemak semakin berleluasa sebab tak berapa kontrol makan. Sepanjang tiga minggu aku asyik belasah makan kuih satu hari sampai lebih 3 ketul. Tu belum lagi kuih permintaan en suami yang aku buat, aku pula yang makan lebih. Tak sangka berat masih lagi turun. Agaknya metabolisme aku dah makin tinggi.haha..


Walaupun makan secara tak terkawal, esoknya aku akan keep in track semula. Dalam seminggu dua tiga kali aku pergi jogging. Bersenam selama sejam setiap sesi sangat membantu dalam penurunan berat badan. Dalam tiga minggu ini juga aku rajin berpuasa. Seminggu aku buat puasa sunat dalam dua hari. Bila jogging aku makan main belasah juga, tapi bila puasa aku langsung tak bersenam. Bila dah malam, bernafsu menonton TV saja. Skipping pun dah malas nak buat.


Apa pun aku cukup puas hati dengan penurunan sebanyak 3 kg dalam 3 minggu. Bagi aku, aku masih enjoy makan walaupun berdiet. Semua benda sedap aku belasah. Aiskrim makan, pizza makan, coklat makan, nasi semua pun aku bedal juga. Sebulan sekali wajib makan KFC punya! Yang paling penting kena cepat kembali ke pangkal jalan. Jangan sesat lama sangat!hiks..


Untuk rekod, setakat ini aku sudah turun sebanyak 10kg. Baju-baju zaman anak dara semua dah boleh pakai semula.hehe..6kg to go! Harap-harap bulan puasa ni dapat turun lagi. Barulah dapat raya dengan pujian dan keyakinan aku  makin slim!kihkih...





Rabu, 13 Jun 2012

Laksa Utara Untuk Diet


Laksa diperbuat daripada beras (nasi), dan dimakan bersama dengan kuah laksa yang diperbuat dari pelbagai rempah ratus, termasuklah bunga kantan, asam keping, daun kesum dan juga isi ikan segar yang dikisar. Rasa kuah laksa yang dibuat sendiri adalah lebih asli, lebih pekat dan sedikit masam. 
Antara jenis-jenis laksa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Laksa Asam, yang mana termasuklah Laksa Utara, Laksa Kuala Perlis, dan sejenis lagi versi laksa yang lebih halus bentuknya dikenali sebagai “Laksa Putu Mayang”. Laksa Putu Mayang ini sukar dijumpai di mana-mana negeri di Malaysia kecuali di utara Kedah dan Perlis. 
Sekarang aku memang tengah craving laksa yang saiznya lebih kecil macam mutu mayang ni tau. Untunglah aku tinggal dekat utara. Dekat kedai runcit memang ada jual. Sumber ikan segar terbaik dari Tanjung Dawai, percuma pula sebab en suami berniaga ikan. Memang selalu masak, sebungkus laksa 3 kali buat.haha..
Pagi tadi aku sarapan semangkuk laksa. Bagi aku, laksa utara adalah antara makanan yang sesuai untuk berdiet. Ini kebaikan laksa yang aku dapat dari Susu Sejat :
  1. Kalori lebih rendah berbanding makanan berkuah yang lain memandangkan kuahnya tidak mengandungi sebarang unsur lemak yang nyata seperti santan mahupun minyak masak.
  2. Tinggi kandungan protein. Selain daripada kuahnya yang tinggi kandungan protein (diperbuat daripada ikan laut segar seperti ikan kembung), ia juga dimakan bersama dengan telur rebus yang juga merupakan sumber protein yang berkualiti.
  3. Seimbang kandungan nutrisi (makronutrien) dari pelbagai sumber. Karbohidrat daripada mee laksa yang diperbuat dari beras/nasi, Protein daripada telur dan kuahnya, manakala sumber lemak adalah daripada lemak omega yang terkandung pada kulit ikan kembung yang dikisar (kuantiti yang sangat kecil, justeru memadai untuk keperluan badan) dan juga dari kuning telurnya.
  4. Kaya serat dan mikronutrien. Sama seperti hidangan nasi harian, ia juga mengandungi pelbagai jenis sayuran yang berfungsi sebagai sumber vitamin, mineral, serat dan alkaline. Ini termasuklah timun, salad/lettuce hiris, cili merah, bawang, daum kesum, bunga kantan, dan perahan limau nipis.
  5. Seimbang kandungan asid-alkaline kerana mengandungi bahan-bahan di atas.
  6. Tinggi sumber Kalsium. Isi ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksa dikisar bersama-sama dengan tulang-tulangnya, dan seperti yang kita tahu, tulang mengandungi Kalsium.
  7. Daun kesum yang digunakan dipercayai mampu merawat bengkak, jerawat, dan kembung perut. 
  8. Asam keping (asam gelugor) yang digunakan dalam kuah laksa juga bukan sahaja mengandungi anti-oksidan, sebaliknya ia juga membantu dalam menukarkan lemak badan kepada tenaga apabila kalori defisit tercipta.


Ahad, 10 Jun 2012

Tips Kurus



Tak ada cara mudah untuk kurus. Semuanya perlukan semangat dan program diet yang berterusan. Azam aku untuk dapatkan berat badan ideal sebelum hari raya. Entah berjaya ke tidak. 9kg to go! Tinggal lebih kurang 3 bulan saja lagi,uwaa... hehe


Jom tengok tips diet yang aku baca dari gediq.com :



Senaman 


Tips kurus paling berkesan ialah melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan.


Makan Makanan Sihat 


Seimbangkan diet, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus akan menjadi sempurna. Ada juga tips  yang menyatakan supaya menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carrot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran kita. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet.


Kurangkan Makan 


Kawal diet, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet ialah mengurangkan separuh dari kadar pemakanan kita sebelum ini. Contohnya sebelum ini kita makan 2 senduk nasi, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut tidak kosong dan lapar.


Eskpresi Diri


Lakukan apa yang kita ingin lakukan. Katakan apa yang kita ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya sentiasa gembira dan ceria. Ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus.


Kawal emosi 


Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran. Dengan ini kita akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri. Untuk merealisasikan diet, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.


Jumaat, 8 Jun 2012

08/06/2012 - Gain 1kg, Oh Tidak!



Petang tadi tiba-tiba en suami ajak pergi Mall. Kononnya nak belanja makan celebrate our 6th annivesary semalam. Terjumpa mesin penimbang, mulalah gatal nak menimbang berat walhal dua minggu sudah aku tak diet. Asyik mengadap nasi walaupun dalam jumlah yang sedikit tapi makanan lain semua aku bantai.hahaha. Hasilnya tadi timbang berat aku naik sekilo. PADAN MUKA!


Tadi en suami belanja Pizza Hut dan kek SR plak, makan tak ingat dunia. Ayam kepak, mushroom soup, aiskrim, piza, milo ais semua aku bedal. Entah berapa kilo naik lagi.hehe.. Dah la Atkins Diet tak berjaya. Uwaa..rasa macam nak puasa je esok.haha...


Selamat kembali ke pangkal jalan semula. Bermula esok hari, sila INSAF dan mulakan sesi diet semula ye kutu!